Wednesday, August 18

Home » » 18 OGOS..SUPRISE!!

18 OGOS..SUPRISE!!

Today 18 Ogos kan geng? Hiks...mak hapi sanggat2 today sebab ari ni 18hb. Jangan la korang tertanya sebab pe mak hepi ari ni 18hb. Mak kan penuh dengan tanda tanya dan mistery sepertimana kata2 2-3 orang yang pernah singgah kat umah pepel mak nih. Apapun, dek kerana 18 Ogos ni lah, mak ada suprise untuk diri mak sendirik? Erk..leh ke cenggitu?? Miahahaaa..sukatik mak ler. Jangan marah no..nak tahu apa yang suprisenya..sini!



Apa dia yek? Tak de la big suprise pun..Oleh sebab 18hb tu ari ni, mak buat suprise untuk diri mak sendiri lah. Kira2 macam reward for my self sebab ari ni genap la usia blog ni 3 bulan seminggu. Tolak campur kali bahagi, lebih kurang 100 ari gitu. Kalau mak beranak 3 bulan lepas, kira2 mak nih dah abis pantang dah nih..dah leh melompat2 kijang sini sana..hahaha. Tak sangka kan, diam tak diam, dah 3 bulan usia umah pepel nih. So dengan itu, korang perasan x apa yang lainnya kat umah mak ari nih? Hiks..hiks..dan hiks lagi!

Suprise!! Dimaklumkan bahawa mulai 18 Ogos ari nih, domain mak di atas nun dah bertukar menjadi www.Lagenda Mahsuri.Com. Ermm..Kenapa Lagenda Mahsuri yang menjadi pilihan mak? Mak tak hinggin pun tumpang gemer dia tuh ye..Walaupun Mahsuri nan satu memang gemer dan femes. Yang sebenarnya, pilihan nama tu mak amik sebab ianya adalah nama original mak sendiri. Ulang lagik sekali, nama mak sendiri yek..so, tak timbul issue tumpang gemer ke..nak tarik trafik ke..nahi hee! Kalau mana2 kawan yang pernak g baca kat toolbar 'sape mak nih' di number 83, ada termaktub nama mak yang klasik kan. So, inilah namaku..Dan, kalau korang ni memang pelancong setia-pelancong gitu- Musti le korang perasan yang sign dibawah setiap n3 mak tu dan si gambar2 lama mak yang ada menggunakan watermark ada menggunakan nama Lagenda Mahsuri kan..So, mana2 yang cekap menghitung kira, dah leh agak kan nama mak dari mula..

Perjalanan nama nih, mak pilih seawal blog mak ni berusia sebulan sebenarnya..Tp diwaktu tu, mak tak yakin dan tak reti apa pun tentang domain ke tentang hosting ke..menyebut keduanya pun leh buat mata mak berpinar2. Mujur ada gak tuan garu yang leh tunjuk ajar apa tu domain, apa itu hosting. Apa buruk dan apa baiknya..Banyak gak kwn2 yang mak tanya ini itu, ada juga beberapa orang yang buat  bisnes domain@hosting ni yang mak risik2 pakejnya dan kelebihannya. Jadik, pada kawan2 yang pernah mak tanya, hampooon kalau mak tak berurusan dengan korang ye. Rezeki masing2 kan..mungkin tak de rezeki dengan mak but 1 find day sape yang tanya2 pasal domain nih, mungkin mak leh panjang2kan rezeki korang pada depa lak kan..rezeki ada di mana2 betui tak? Mungkin jugak tahun ni mak beli dengan A sok tahun2 depan mak nak try guna si B lak..so jangan kecit ati ye!

Domain ni pun sebenarnya telah mak beli beberapa ari lepas mendahului rakan2 mak yang lain. But oleh sebab mak tak nak nanti ada ati yang terasa dan beranggapan yang mak nak bersaing2, mak dahulukan ajelah kawan2. Walaupun mak dah beli domain tu, ati kecik mak still berkira2 nak guna atau tak sebenarnya bila mengenangkan Alexa page mak yang bermula dari 9 milions menjadi 389,440 dalam masa 3 bulan nih. Namun, keranamu 18 Ogos, inilah hadiah untuk reward diri mak sendiri. Banyak usaha dan sokongan yang telah dicurahkan pada umah pepel ni. Jadik, walaupun nama domain dah semakin pendek, mak tetap orang yang sama..still benda yang sama akan dikongsi. Terima kasih atas sokongan semua!


41 Nak Cakap Jugak??:

Anonymous said...

tahniah, mak.. wish tumpang gembira dihari mak rasa hepi ni...

Gen Fujita said...

tahniah ada domain name sendiri

Cahaya Kehidupan said...

wah tahniah..best2 ada domain n hosting sndiri,cuma yaty da berapa mahir sgt tentang itu,insyaAllah da ada bekalan bru tukar..hehe

ozzy said...

tahniah..itu menunjukkan adanya usaha untuk memajukan diri diri.

qistynacorner said...

wah, mak bes2...hehe... tahniah2 kite tumpang gumbira, boleyyy :P

krole said...

wuahhh tahniah mak..dot com da...yeahhhh!!!

Ellen said...

Mak ellen juga tumpang gembira ni..dan hari ni juga genap 1 bulan ellen dlm dunia blogging..eleln pn sebenarnya ada something but ada sikit mslh mak...td nursery call ellen..anak ellen ada probs sikit...doakan ya mak...mo bwa my honey tu p jumpa dr dulu mak...

ellen doakan yang terbaik utk mak juga..isk isk isk...

Che Armster said...

adoi mak pon dah beli domain ni tak bole jadik ni..

Lagenda said...

@cikmin Maseh tuan garu!

Lagenda said...

@WishMaseh jugk..mmg mak hepi pun. So, meh le kita hepi 2gether2..Ngeh3x.

Lagenda said...

@Gen Fujita Thanks..biasa2 je

Lagenda said...

@Nur Hayaty Maseh..Insyaallah! Err..RAHSIA tau..mak pun tatau sbnrnya! Miahahaa..

Lagenda said...

@ozzyAlahamdulillah..

Lagenda said...

@qistynacorner Besh2..meh kita bergumbira sama..ha..ha..ha..

Lagenda said...

@krole Hiks..maseh! Mak Hayam.Com..Buleh gitu?

Lagenda said...

@FloEllen Tq ellen. Kita sama2 bergumbira hahaha ari ni sama2..i wish u everthing will b okes!

Lagenda said...

@Che Armster Jadik..jgn x jadik!

Abang Long said...

Cayalah mak...
Pas ni..mak cuba try lak guna (.gov) hehehe...Apa2pun, yg penting mak akan terus berblogging and share dengan kitaorang...

Afiq Bukhari said...

pom pom pommm!! pewwww! bunyi mercun tu mak smpena nak meraikan pertukaran domain..

waaa,ini ke yg serprisenye tu? hehehe thniah mak! da ber[dot]com.. sedap nama mak, Lagenda Mahsuri..mak orang penang ke?

hehe pe2 pun pasal alexa,mk jgn riso..sume da kenal mak, dorang mesti tolong naikkan balik punyela..

akhir sekali, TAHNIAH mak kerana maju setapak lg :D

Amyna said...

Tahniah untuk mak dari cek... yeszaaa!!

hepy blogging ^_^

Anonymous said...

tahniah mak mahsuri..!!
domain popular bukan main

Mah@mahu said...

tahniah untuk mak.. moga lebih success ok hehehe

Anonymous said...

tahniah mak..moga makin maju dalam dunia ini :)

Nor atau Nad said...

congrate makk
u go makk terus berblogging
=))

Padin said...

Tahniah mak hehe, hepi blogging..

Lagenda said...

@Abang Long dot gov?? Huaa..tingginya darjat!Insyaallah selagi ada pembaca seperti abg long

Lagenda said...

@Afiq
Isk..berdengung tinga mak ko main mercun!!

Hiks..sedap ye? Maseh..bkn org penang!

Baik..mak cuba x risau. Harap2 begitu le.

Maseh bnyk2 afiq.

Lagenda said...

@Amyna Tocei ho!! Layann..

Lagenda said...

@tim Maseh..Domain je fofular..tuannya nan ado!

Lagenda said...

@Mah@mahu T.maseh Mah..Insyaallah dengan sokongan semua kwn2 mak

Lagenda said...

@ejum Thanks ejum. Insyalah berkat doa kwn2 mcm ejum!

Lagenda said...

@nadirah_nor Tq.. Insyaallah dengan sokongan kwn2 like nadirah

Lagenda said...

@padin Maseh anak mak..hepi blogging too

Jemanberagas said...

makin maju...tahniah

cikmin said...

@Lagenda sama-sama mak..hehehe..saja nak tekan button pepel ni je..

yanmie said...

Salam,

Tahniah, lepas nie blh cuba wordpress self hosted pulak :P

Lagenda said...

@gdoupt_monster71 Maseh kawan..

Lagenda said...

@cikmin Hiks..suka kaler pepel mak ni ye cikmin? Tuan garu mak yg buatkan nih..

Lagenda said...

@yanmie Tq..Insyaallah..but tu mgkin makan masa la plak nak blajo. Mak kan slow leaner..miahahaha

RedBoys said...

wahh.. semua dh maju.. tinggallah sorang2 d belakang dan masih d zaman kuno.. sobsob.. sedeynya.. ada sesiapa nak sponsor red domain? huhu..

Lagenda said...

@RedBoy Biasa je red. Mak x berubah apa2 pun. Hanya berubah domain, but mak still org yang sama. Daripada tunggu org sponser, better beli je sendiri, x pyh harap bantuan org

Followers