Saturday, October 30

RESEPI MUDAH..SIPUT LALA MASAK MAYONIS BERLADA

Lapo tak pewot? Matahari dah naik ni..seminggu asyik masak macam macam respi sampaikan blur dah tatau nak masak pe arinikan? Ni, mak share 1 resepi mudah dan peberet mak laki bini. Menu ni menu malam tadi. Niat asal ke kedai nak beli kicap je semalam. Mana leh umah mak ni kepupusan stok kicap wei..rela berpose si along kang kalo makan nasik tak der kicap. Korang pun dah paham kan mcamana lorat tekak si along tu.

Alih alih, jengah freeze kedai, ada siput lala ni. Apaaaaa lagik. 2 kilo sekali masak je. Mungkin korang suka masak lemak cili api siput lala ni kan? Tapi mak plak suka masak cenggini. Siput Lala Masak Mayonis Berlada. Walawei..kalo makan siput lala nih, mak tak pandang la lauk lauk lain. Dengan si angah angah tu sekali join sekaki. Nak resepi ker? Meh le.

Friday, October 29

FOLLOWERS MAK KE 555

Hi geng! Ingat tak aritu mak ada bagitau mak sediakan sedikit hadiah untuk pemfollowers mak yang ke 555?? Ingat taaaak? Huaaaaa...tak hengat yek??Tak per arr ( SENTAP..huhuhu.. ) Ni, mak dah ada pemenangnya. 

Alkisahnya, selepas mak umumkan mak akan sediakan hadiah untuk followers ke 555, ada kawan mak yang memberikan pandangannya. Menurutnya, bila mak umumkan awal awal mak nak followers  untuk sekian sekian number, keburukannya akan membuatkan semua orang akan menunggu untuk memfollower blog mak ni semata mata menantikan number yang mak nak.

Okey, fine. Mungkin ada benarnya kata kawan mak tu but...bagi mak, kalau seseorang itu sukakan sesebuah blog, sukakan entry yang disajikan untuk kawan kawan yang suka membaca, dia tak akan teragak agak untuk memfollow blog tu kan? Tak kisah la ada hadiah ke tidak..

So, citer manyak tarak guna. Mak dah ada pemfollow yang ke 555. Siapakah dia yang dapat number 555 yang mak nak tu??? 

Apakah hadiah mak sediakan untuknya yek?? Zaasssssss...meh kita layan!!

Wednesday, October 27

BALIK BALIK SIBUK ! TAK DE WORD LAIN KE HAH??

Salam kawan kawan. Mak nak share sumting sket dengan korang ni.  Untuk mengelakkan salah faham mahupun ada yang bakal kecik ati dengan mak, betterlah mak pakukan notis ni awal awal. Entry ni kira kira macam entry pengakuan ikhlas tapi jauh gitu..Hikssss

Seperti yang korang sedia maklum, mungkin ada gak yang tahan je loya bila di setiap entry mak, mak dok berkicau pasal kesibukan mak kan? Balik balik sibuk, sibuk, sibuk..jangankan kata korang, mak sendirik pun dah meluat bonar tengok word 'sibuk' tu!! Macam ler tak der word lain nak guna kan??

Muntah la kalo nak muntah..juih ler bibir korang kalo korang rasa tak berapa nak caya namun, itulah hakikatnya...( Sedey nih weii..hukhukhuk )

Banyak cabaran yang menyesakkan kehidupan mak lately nih, so mak mohon pengertian daripada semua sahabat mak. Apa yang menyesakkan sangat mak tu?? Korang ready nak tau ke...? Sudi ke baca luahan meroyan mak nih..? Sibuk yang hamat sangat sekarang ni..stress jangan katalah!!

Tuesday, October 26

ADA TALENT TAK JADI PHOTOGRAPHER?

Bila time kluar dengan anak anak, banyak benda yang mak suka! Salah satu yang buat mak suka, mak mempunyai  photographer yang tak der upah! Miahahaaaaa...kebetulan plak, si along anak mak tu sangat rajin menjadik photoghaper. Mak suker la nyahhh

Ada yang bertanya pada mak aritu, siapa tukang amik pic mak kan..Hihihi. Mak ni bukannya hartis. Mano adoo photograpfer amik gambo sini sana. Camera kura kura ni pun, yang compact jer. Tak der nya DSRL?? Ke..hapa spellingnya..ahh lantak la. Nampak nau mak memang tak reti bab bab camera ni...:p

Eh tapi kan...

Monday, October 25

APA MAU MAKAN?

Syian tengok anak anak mak terperap kat umah 2-3 minggu ni. Udah la umah terperok dalam ulu pendalaman! Mak pak sibuk, anak anak tak terbela! Depa musti boring dok bertepek je dalam umah tak amik hanggin luar kan..

kebetulan, aritu, pakcik tu tak der kat umah. Ada hal dia sendiri. Apa laaagi...kami anak beranak kluar umah berjimba jimba jap. Just gave them a sweet and quality time together. Apa mau makan, mana mau pi, apa ada hal..lets go to da party!




Saturday, October 23

MANIK TINDIH KASIH

Ari Sabtu, orang lain sibuk berseronok nak bergembira dengan anak anak, mak plak gigil kaki lutut semua nak siapkan draf assigment. Pastu, tengahari ni kang nak larik jap pi umah member sebab ada kenduri doa selamat sket. Balik kang, sambung ngadap lappy ni semula..

Sok plak ada class kat University. Adessssss..So, dalam pada mak sibuk sket ni, entry ni mak sediakan untuk korang cuci mata ye geng! Alaaaaa..baju yang korang puji puji cantik mak pakai ari senin aritu la.

Baju ni dah lama sebenarnya. Dah beberapa kali mak pakai cuma dalam blog ni tak pernah tunjuk. So, bila dah di entrykan mak pakai baju ni ari senin aritu, ada yang tanya pasal manik ni kan. So...nah..

Friday, October 22

TIDAKKKKK...SURAT CINTA SIAPA NI???

Tinggal kenangan ~ Saleem

Pernah ada,Rasa cinta
Antara kita,Kini tinggal kenangan...

Ingin ku lupakan,semua tentang dirimu,
namun tak lagi kan seperti dirimu oh bintangku
Jauh kau pergi meninggalkan diriku
disini aku merindukan dirimu ooo
kini ku cuba mencari penggantimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu oh kekasih..

Berdondang sayang jiwa bila dengan lagu sedey si saleem ni. Tambah menambahkan luka jiwa yang lara bila a fews day ago, mak selongkar 1 beg. Beg siapa? Biarlah rahsia..But dalam beg tu, mak found something yang memeranjatkan mak. 

Oh tidakkkk...tidakkk!!Terperanjat tenuk mak bila jumpa surat cinta ni..Tak sangka!! Huk..huk..huk.. ini yang berlaku selama ni kat belakang mak walaupun hidup dalam 1 bumbung???

Apa yang berlaku sebenarnya ni..Betul ke apa yang bijik mata mak nampak dan jumpa dalam beg dia ni...Kenapa sorokkan dari mak?

Patut ke patut mak marah?  OOhh..Mak dah start emo dah nih..Grrrrr!!!

Patut ke mak mengamuk sakan sambil mencabut cabut bulu hayam?

Ohhh..tidakkkkkkkk...

Atau...nak mak senyum manes je sambil pegang surat ni??

Ini tak leh jadik ni! Come and ngaku cepat bebehhhh...

Thursday, October 21

MY LUCKY NUMBERS..







Sticky post smpai ada pemenangnya @ number tu terlepas tanpa ada pemenang. Entry baru? Sila suruh encik tikus ke bwh yek!


Boring arr nok..biasa ler..ari monday kan? Sooo...meh kita cari something yang leh buatkan mata kita segar nak tak? Meh dekat sikit!! Bling2kan mata tu besau besau supaya mata korang yang dah kuyu akan segar bugar kembali.



Mak nak bgtahu 1 citer ni.
Mak nak buat Contest My Lucky Numbers. 
Kita main jengok2, jalan2 dalam blog mak ni, then kalau mata tu tertangkap number yang mak nak, mak bagi le adiah. Nak?






KALAU DAH NAMANYA PEREMPUAN...

Sori geng yek. Semalam mak menyepi seketika. Penyakit meroyanku datang menyerang smlm. Ahaks...eh! Tapi bukan penyakit orang perempuan la yek!

Sedey ati kecikku lalink bila ko tuduh mak sombong sekarang! Sob..sob..prettt. Tissue phelis! Bukan sombong.. bukan lalinkKo pun dah sedia maklum kan yang sekarang ni waktu meroyan mak. Harap korang memahami kalau mak menyepikan diri sket dari berblogwalking sekarang ni yea. Assigment dan my study terpaksa di utamakan sekarang ni.


Dah naik juling bijik mata mak cari bahan untuk buat assigment sekarang ni. Ko bukannya nak tolong mak lalink ooii..! So, untuk memberikan sedikit semangat baru, mari kita cari sesuatu yang boleh buat kita gumbira hu..hu..ha..ha.

Tapi, perempuan perempuan macam kita ni, apa yang leh buatkan hati kita akan seronok dan bahagia sekejap walaupun kita sibuk yek? 

Wednesday, October 20

MAKA, BERTERBANGANLAH RAMA RAMAKU..

Apa yang banyak sangat envelope nih?? Leh agak tak mak tengah wat apa dengan envelope yang manyak manyak nih..hihihi..Dah rasa macam pejabat pos dah!

Sori kawan kawan! Kekangan masa dan banyak step yang perlu mak lalui untuk membayar hutang pada korang. Ada yang dah tak sabar menanti rama rama ni kan..? Hampon sekali lagi atas kelewatan ini yea..

Tuesday, October 19

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG ( APC) 2009

Mungkin citer ni dah basi kot bagi sesetengah orang tapi kerana menghormati pemintaan dan pertanyaan seorang sahabat mak yang menggunakan nama Sud@is, mak mengambil keputusan untuk mempublishkan entry Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC )  ini. Tak terniat sedetik pun di hati untuk membuat kisah ini..malu sebenarnya!

Bertambah tambah mak malu bila ada gak sahabat yang pelik macamana mak leh dapat APC sedangkan mak berblogging kan.

Sayang,waaaalaupun kerja seharian mak semakin bertambah dek hanya mak sorang diri yang uruskan semua kerja di pejabat ini..

walaupun mak bekerja dan belajar yang ada masa mengejar masa untuk menyiapkan assigment dan periksa..

Walaupun mak penat dan lelah menjadi seorang pekerja di pejabat dan isteri dan ibu di rumah, 

Insyaallah, mak cuba buat sehabis daya. Mak akan selesaikan semua urusan kerja mak. Yang penting, time management kena betul dan kerja kita dapat disiapkan on time!

Monday, October 18

KISAH 10 MINIT SEBELUM LOCENG BERBUNYI

Kisah rutin setiap ari mak. Kena sampai awal ke sekolah anak anak. Tambah tambah lagi ari senin cenggini. At least 10 minit sebelum loceng berbunyi. Sebab pe?? 

Sebab..sebab nak kasik anak anak mak ni bekpes ler. Mak tak buat bekpes untuk anak bukan sebab mak malas ye. Tapi sebab depa yang tak mau makan bekpes kat umah. Dek kerana along tu kan sangatttt pemilih makanan, bekpes dia di umah tu pun sonang! Hanya coco crunch ataupun nestum yang dia bancuh sendiri. 

Kecuali along, 2 lagik adiknya memang akan bekpes kat sekolah. Tak mau makan kat umah tak per..tapi syarat mak, depa kena bekpes kat sekolah sebelum masuk kelas. Kang, pewot bergendang gendang, guano nak concentrade pada learning kan?

Saturday, October 16

HOME MADE MOIST CHOCOLATE CAKE

Muahahaha...Sila standby tissue tepi korang dari sekarang!

Ape, korang hengat mak yang berkerja, belajar dan berblogging ni tak reti memasak ke nok? Kalo korang rajin belek belek my profile, korang akan jumpa 1 hobby yang menyatakan mak suka baking. Dulu, sebelum ada baby pepel ni, mak memang suka baking cake. Suka sangat sangat! Adik mak sangat suka makan cake so, kalau tekaknya teringin makan chocolate cake, mak la yang dia sembah. Ater, demand yang home made je lah!

Friday, October 15

MAK BUKAN CIKGU TAPI MAK KENA MENGAJAR

Huaaa..Mak ni bukan cikgu!! Sekolah pun tak tinggi mana..tapi bila dah jadik mak pak orang ni, pandai atau tidak, nak atau tak, mak kena mengajar la plak!!!
Al - kisahnya, biasalah kan, ari Jumaat macam arini.. Wajib pi semayang Jumaat bagi semua lelaki, So, pakcik tu dengan boys semua sibuk bersiap nak gi semajid. Then dah memang kebiasaan pakcik tu bawak duit nak pi bubuh dalam tabung masjid tu. Mintak tukar dengan mak, mak tak der duit kecik. Pakcik tu mintak tukar dengan anak dara dia nih. Pakcik tu hulur RM 10 kat anak dara dia but pakcik tu hanya amik duit RM 1 beberapa keping. Tak sampai pun RM 10. Dah 15-20 minit pakcik tu pi semayang, baru mak perasan si kenit meisya ni dah sentap tepi pintu! Eh..Apsal plak ni?



Wednesday, October 13

SUBSIDI AIR NI BETUL KE TAK?

Mai dekat sat. Mak nak tanya sekt nih..Kalau tak salah mak, 7-8 bulan lepas, kerajaan umumkan yang kerajaan bermurah ati nak bagi subsidi untuk pengguna air kan? Tak kira la negeri mana sekali pun yang terima subsidi nih..

Masalahnya, betul ke tak betul ada subsidi nih? Sebab apa mak tanya? Sebab, biasanya penggunaan air di teratak usang mak ni hanya setakat RM 10-12 hengget je tetiap bulan. Standard le kegunaan air dengan isi umah mak ni. Bukannya ada swimming Fool pun kat umah mak nih. Paling paling mahai sekalipun RM 15 ajelah. Tapi, menjak kerajaan umumkan ada subsidi ni..

Tuesday, October 12

SIBUK, STUDY, SHOPPING DAN SOTONG ( 4S )

Sibuk sungguh rutin harian mak 2-3 menjak nih sebenarnya.  Tak cukup tangan dah rasa nak buat semua benda dalam 1 masa. Apa pun, mak kena buat jugak walau macamana sekalipun sibuknya! Kerja, personal, study..

Mak tak bagitahu kan, sebenarnya kat opis mak keja sorang sorang. Dah 2 bulan 1 staff tu bertukar. Semua kerja yang setimbun tu semua terletak atas batu jemala patik! Sibuk keja yang ada, Ya Rabbi!! Macam lipas kudung mak buat semua keja on time. Udah la keja tu semua ada datelinenya. Huaaa..

Ye..my boss suruh mak wat claim tanggung kerja but, idok kuasa la mak aii! Tak terbeliak pun bijik mata mak bila dengar leh claim. Semua tu tanggangjawap tau. Bukan sedap dapat claim je! Besar punya masalah menunggu kat depan nu, siapa yang tahu. Idok ler teman..idok terliur pun claim tu.

Bulan ni plak, my study dah start new semester. Tapi, bahik punya tutor, pandai pandai plak pi tukar jadual kelas sukatik dia je. Udah keja mak berulang ke Seremban tu tetiap minggu ngadap muka tutor tu. Adehhh.. Assigment dok pulun nak kena buat. Belum masuk lagi bab presentation dalam kalas bagai. Eee..

Dalam pada dok sibuk itu ini, groceries tak sempat pi shopping lagi. Kelam kabut cari slot free untuk larik ke bandar pi beli apa yang dah tak de kat umah. Sampai je kat muka pintu shopping kompleks ni, awal awal lagi dah kena payung 3 ketul waffle nih untuk anak anak. Masing masing nak rasa masing. Tapi...





Saturday, October 9

JEMU MAKAN NASI, MAKAN LAKSA KUAH LEMAK

Umangaiii..beshnya ari cuti ni kan. Leh lepak lepak bermalasan kat umah. Tengok tengok apa yang patut kat umah tu ke, nak cuci habuk, susun perabot ke, memasak apa apa yang teringin nak makan ke..kan? Tak pun, jenjalan pi sopin. Errk..sopin? Ngeee..

Tapi..bila dok kat umah, asyik asyik makan nasi je kan? Ada masa jemu gak nak makan benda tu je...sesekali tukau mood. Cari idea nak makan apa pulak. Laaaaama dah mak tak publish pasai makanan kat umah pepel mak nih kan. Dekat 2 bulan bercuti pasai makanan..ikutkan permintaan 1-2 orang la gak. Arini bagi can kek mak untuk citer pasal makanan yek.






Friday, October 8

MENCILOK KUIH RAYA MAK...

Salam kawan kawan! Bagi laluan mak nak mencilok kat sini jap pasai entry semalam. Buleh ka?? Huh! Tak buleh pun, apa mak keesah?? Mak nak pok pek gak! Miahahaha..

Gini..pada yang tersenarai semalam, seronok tak?? Kalo seronok dan suka, sent alamat korang pada mak ye..jangan lambat lambat..macam tak sudi je? Tak kan lah mak nak pi cari korang 1 by 1 untuk let u all know plak. Nama pun korang followers mak kan..busyuk busyuk pun, 2-3 ari mesti la ada datang kan? Tak kan la langsung tak tahu apa yang berlaku kat sini..

Tapi tak per..mak bagi peluang korang tenung tenung timbang amik masa dulu. Mungkin korang sibuk hamat sampai tak tahu kan. Mak tunggu sampai Jumaat minggu depan leh? Tapi, kalo dah lambat sangat, mak lantingkan je kat kawan kawan lain! haaaa..pastu, udah terlambat loor mau claim itu keronsang. Yellek pocik..

Harap maklum la ye sayang, mak ni duduk ulu kampung. Tak de pejabat pos. Nak buat urusan bank, pos mengepos ni kena keluar bandar. Jadi, mak nak poskan sekali harung je. Tak payah nak keluar bandar 2-3 kali semata mata nak mengepos barang tu. Ye ke idok??

Ehh..Apa anak anak mak buat tu hah??? Aloooo bang...tengah mengunyah kuih raya ke?? Mencilok kuih raya mak ye...

Ni lah anak anak mak..mak dok pok pek case lain, diaorang ni plak wat citer lain..Nak kena nih! Tapi tak per. Meh kita skodeng tengok apa yang depa buat. Benda hape yang paling kusyuk dan tawaduk sangat depa dok makan tu? Tu la korang,..jangan tak tahu ye. Kalau dah ujung ujung raya cenggini, serdak serdak kuih raya la paling nikmat dimakan tau tak. Kehkehkeh..jangankan kata budak budak, mak pak pun suka cilok kuih raya nih. 

Thursday, October 7

MY BELOVED FOLLOWERS...YOU ARE WANTED!

Pheeeeewit
MY BELOVED FOLLOWERS
...Attentions Plzzz...

Sambungan dari enrty pagi tadi ok. Mak tau..korang musti dah tak sabar sabar nak tau sape yang tersenarai tu kan? Jangan la gitu..keronsang tu bukannya mahal mana pun..tak besau mana pun..Kecik cinonit je. Kang excited kari babas, bila dah dapat, frust!!


Tapi, walau kecik cinonit, yang penting, mak nak lepaskan hajat mak nak give something untuk kawan kawan yang banyak sokong mak selama ni. Buleh kan? 


Okey..ni, mak dah siapkan senarai my beloved followers yang wanted tu. Now, you, you and you too...all of u a wanted!!! Yessss..korang le yang mak maksudkan, my followers!! Tak payah pandang kiri kanan..tak de sesape yang menumpang skodeng sama pc n lapy korang baca umah pepel mak ni pun..Tapi 30 orang tersenarai je lah yang akan menerima hadiah keronsang tu ok..

SPECIAL FOR MY FOLLOWERS..SUPRISE!!!

Pin..pin..bagi laluan!
Petang semalam, mak ada bertanya pada 6-7 orang kawan kawan kan..apa yang sinonim dengan blog mak? Sebenarnya, pertanyaan mak tu ada kena mengena dengan isi kandungan entry ari ni ye sayang..

Special for my followers. Yang tak berkawan, meh dekat kawan gak dengan mak ( mak paksa~miahaha). Pada yang dah menjadi my followers, ini adalah special untuk korang sahaja. Yup. Sepertimana yang korang baca tajuk kek atas nun, itulah dia. 

Sila scroll cik tikus korang sampai ujung umah pepel mak ni. Tang bawah ujung dunia pepel mak ni ada followers. So, takat entry ini ditulis, followers yang mak ciput tu berjumlah 480 orang kan. So, apa yang suprisenya ni..?? Isk..adalah! Miahaha. Tak kan le mak bagik senyuman je kan..SUPRISE!!!!



Wednesday, October 6

MAIN MAIN DI SUBUH HARI!

Hakhakhak..korang jangan pikir melencong ke lain haa!! Main yang mak maksudkan  tu berkenaan anak anak mak nih. Nama pun budak kan, suker la main main tak kira la bila timenya! Hari ni plak 3 beradik ni punya turn..Hidup mak ni sebagai seorang ibu gini la rupanya. Nama pun mak orang kan? Hari ari nak kena berkicau setiap subuh soh bangun tido. Dah bangun tido, berzikir plak soh cepat cepat bersiap nak pi sekolah. Kalo tak berzikir tu, buat kerja main main je..Tapi, kalo mak dah siap, korang tak siap lagi, mak TINGGAL korang!!

My routine every morning, panggil depa bangun tido dulu. Masing masing amik turn mandi, then mak plak pi iron baju. Pas depa semua siap mandi dah bersiap, baru le mak plak mandi. Oleh kerana mereka ni dah siap awai, sambil menunggu mak yang tengah tepek make up, depa tak leh switch on Tv. 

Bagi mak, larangan bukak tv tu diberi sebab mak namo pepagi hari subuh gitu, otak tengah fresh, on tv, tengok cartoon! Ayoo...minda yang tengah fresh tu, dah dipasakkan dengan cartoon. Korang korang pun dah macam cartoon!! Nahi hey..Tapi, depa ni kretip! Leh plak depa dapat idea main menda alah nih.


Tuesday, October 5

PENGGUNA TEGAR NOKIA..CUKUP SETIA TAK AKU?

Eh korang!! Korang suka beli sesuatu  tak..i means macam gilakan sesuatu. Like,beli gajet gajet ke, beli baju ke, beli magnet peti ice ke, snikers @ boot bola ke..Ada gak lelaki yang suka beli control car kan..? Macam le mak tatau kegilaan korang kan..ada yang suka beli h/phone tak? Berapa ramai pengguna handphone kat sini?? Berapa banyak plak handphone yang korang ada dalam 1 -1 masa?

Mak, antara barang yang mak gila beli adalah HANDPHONE! Tapi, mak beli handphone nokia yang murah murah ajelah..ikut standard henz begs ku aje.. Nak beli yang mahai mahai, mak ni kan semekin..Huk3x. BUt, selaku pengguna yang sangat setia dan tegar, yang penting, wajib nokia yek. 

Ini adalah koleksi handphone mak buat masa ni, Nak kata koleksi tu, tak la gak. Sebab kalo koleksi, yang disimpan2 kan? Tapi handphone ni, bukannya mak simpan kalo mak tak guna. Kadang2 mak trade in, tak pun, mak lantingkan kat anak2 mak. Ini semua adalah handphone mak buat masa ni. Semua handphone ni ada kesahnya yang tersendiri tentang kewujudannya dalam tangan mak. Nak tau...meh layan...


Monday, October 4

ALAMAK, ANGAH LUPA!

Minggu baru bermula.. Kita tinggalkan semua citer lama, meh kita bukak buku baru. Comes.. Sebelum tu,cuba korang tengok jam korang sekarang...What times anak anak korang balik sekolah arini?? Jangan lupa amik depa plak kalau pi jemput sendiri. Mak amik anak anak mak sendiri so mak ada kisah nak dikongsi...Nak dengar cerita tak? Salah satu cerita yang buatkan mak rasa nak demam unta dengan pangai anak anak mak.

Di suatu ari, macam biasa, masa jemput anak2 mak semua balik sekolah, si Meisya tak de. Tatau pi mana! Tunggu punya tunggu, tak gak nampak batang idung muka si kecik tu. Si Along tak kluar class lagi time tu. Dengan sepantas kilat, arahan Menteri Pertahanan dikeluarkan kepada angah.


Me: Mana adik ko ngah?
Angah: Entah..angah dah tunggu adik kat sini lama dah. Angah tak nampak pun adik. ( Yang tak tahan, dia cakap dengan muka dengan penuh konpiden ok )
Me : Pi cari adik kooo sampai jumpa!!




Friday, October 1

MENJANA TRAFIK 1 HALA..APA ALTERNATIF MENYELESAIKANNYA?

AMARAN PIHAK BERKUASA
Entry ini akan menepek untuk jangkamasa tertentu sebagai peringatan dan diatas luahan kekecewaan mak!! 




Just untuk ingatan teman teman semua..Mari kita share sama sama fonomena trafik 1 hala yang sedang berlaku sekarang ni terlebih dahalu. Untuk lebih menjelaskan pemahaman korang sila baca kaedah menggunakan software blogwalking tipu orang dan menjana trafik dengan cara yang mudah. Mereka lebih arif untuk menjelaskan apa yang mak tak mampu nak jelaskan tentang trafik 1 hala nih. Maklum lah..mak ni siapa kan..?

Jadi, 2 -3 ari mak berdiam diri, jarang untuk berblogwalking membalas jejak korang. Rasa sangat sangat kecewa apabila mak rasa mak ditipu dengan trafik 1 hala ini. Tertonggeng tonggeng trafik mak 2 arini. Tapi, mak biarkan je..Dalam pada mak berdiam diri, mak memikirkan apa alternatif yang perlu mak buat. Jadi, mak ada sedikit cadangan untuk menyelesaikannya masalah trafik nih..

ANAK ANAK DAN SUSHI RAYA

Salam Jumaat geng. Ada yang masih beraya lagi ke geng? Sambung sket lagi marathon kisah anak anak mak ni jap yek.

Korang tengah bersantap lemang ketupat, rendang dan sekut raya lagi ke? Tapi, apa kena mengena gambar sushi ni dengan entry mak kali ni hah? Nak kata raya buat sushi sebagai menu, idok le kita orang Malaysia ni kan. 

Followers