Thursday, September 30

BACA BUKU

Tak abes lagik sesi citer kat JJ tu ye sebenarnya..

Kali ni kena temuramah la plak dengan abang DJ kat JJ tu. Masa ni, mak tengah asyik punya leka belek2 rantai 3 serangkai macam Redmummy pakai dulu tu. Sekali...dia punya rega RM 180 daaa..Bling2kan bijik mata kat pakcik tu, pikir punya pikir, nanti2 pi KL nak terjah la kat Ampang Point cari benda alah ni. Leh dapek 2 set kooo daripada beli kat sini..




TELATAH ANGAH DAN ADIK

2-3 arini entry mak asyik citer pasal merapu meraban je kan? Windu tak kat anak anak mak? Arini kita pok pek pasal angah dan adik jap yek. Lama dah tak pok pek pasai depa nih. Sebelum kelas uni mak bermula ari ahad aritu, mak sekeluarga berjimba jimba dengan family mak. Tengok tu..dah besau gajah pun teringin gak ke berdukung.

Berjalan2 kat JJ aritu, tatau hanggin puting beliung mana yang datang, si angah bobok mintak di dukung dek bapaknya. Angah ni memang pemalu hamat sebenarnya dengan bapak dia ni. Tak macam adik Intan Payung Si Bapak.


Monday, September 27

SURAT UNTUK KAMU DARI SAYA MANUSIA YANG TIDAK SEMPURNA

Surat Untuk Kamu

Assalamualaikum...Buat kamu yang saya ingati. Semoga kamu akan diberkati dan dirahmati Allah SWT. Pembuka bicara yang seharusnya saya lakukan untuk kamu yang sebaik baik umat di muka bumi ini. 


Surat ini saya tujukan kepada seorang teman yang senang saya namakan 'kamu'. Sebagai seorang wanita, ibu, manusia dan teman, harus saya akui bahawanya saya mempunyai banyak kekhilafan yang sama ada saya sedar atau tidak sedar. 

Sunday, September 26

WALIMATULURUS DI MUSIM RAYA

Musim walimatulurus datang lagik. Cuti sekolah panjang yang ada aritu diamik kesempatan yang penuh hamat oleh orang ramai untuk buat majlis walimatul urus ni kan. Sini sana bau nasik minyak..

Nampak date walimatulurus pada kali ni..miahaha. Sori la geng kalo rasa citer ni dah basi. Tapi banyak sangat entry mak yang tunggu Q yang ditepekkan kat sini. Citer raya tu harus la dipublishkan dulu awal sebelum berkulat di makan bubuk ye dok? 

Pastu plak, jemputan walimatulurus ni plak betul punya time datang dalam musim musim orang sibuk beraya sakan. Jadik, mak kena la dahulukan yang dahulu. Kemudian kan apa yang kemudian..

Tak hadir, orang dah jemput. Tak publish citer ni kang, mak dah datang. So, korang layan ajelah yek.

Saturday, September 25

PREVIEW : SENARIO ASAM GARAM-MELELEH AIRMATA!

Ari ni cuti. Ari Sabtu, Pas tu plak, orang- orang gomen dah gaji kan..?

Ada plan besh tak korang ni? Kalau korang tak ada plan nak buat apa, nak kemana, pas baca mak punya preview ni, pi la tengok Asam Garam Senario. Mak dan anak - anak dah pi panggung wayang awal awal lagi. Sementelah senario nih dari dulu lagik dah anak anak mak request nak tengok kan, kena la tunaikan hajat anak anak kan? Lagipun, dah tak de benda nak dibuat kat umah. Nak berjalan raya, agak - agak la kan...

Friday, September 24

MAKAN MAKAN

Jalan jalan cari pasal?? Eh..tak! Nak pi jalan jalan cari makan jap.

Ada plak mamat mana yang jadik paparazi amik gambo nih. Thehe..like hartis gitu! Melaju je gitu cari temat makan. Eleh..sebenarnya, tak mencari pun. Dah memang tempat hot spot untuk mak sekeluarga dah.

Thursday, September 23

BUKTI KUASA BLOGWALKING

Musim raya dah tinggal suam2 taik ayam je kan?? Ari tu , minggu2 raya, orang semua balik kampung, then sibuk beraya sakan sini sana sampaikan tak terlayan dah nak berblogwalking kat blog korang. Jangankan kata korang, mak sendiri pun tak sempat nak membalas semua kunjungan korang apatahlagi berblogwalking!! Maka berkumandang & gegak gempita la sini sana memukul canang trafik jatuh tertonggeng2. Sian korang....~ mak cakap dengan muka yang sangat bongkak!

Ada kawan kawan yang bisik2 manja kat mak, macamana plak trafik visitor mak minggu raya ari tu. Tanpa berblogwalking, adakah keupayaan dan kepemesan blog mak akan setanding dengan blog2 pemes yang lain?? Bagi mak, masa ni le ia akan membuktikan sesuatu..

adakah mak mempunyai pembaca tegar?

Adakah blog mak ni mensajikan entry2 yang mencandukan visitor2?

Dan yang penting..adakah mak mempunyai teman2 yang setia mengunjungi mak walaupun tsunami melanda, walaupun gelap dunia..kehkehkeh.


Wednesday, September 22

SYAFIAH HUMAIRAH : HUKUMAN YANG SETIMPAL UNTUK PEMBUNUHMU!

Ingat tak muka jahat nih? kenal tak siapa dia?? 

Korang semua masih ingat lagi tak kes seorang kanak kanak perempuan yang bernama Syafiyah Humaira Sahari berusia 3 tahun disepak dan dera sehingga mati oleh pemandu teksi?

BUNGA UNTUK SI MAK YANG SENTAP

Ari tu kan, On da way back ke 'sarangku syurgaku' itu, ada la apa drama minggu ini tah, mak sentap dengan pakcik tu dalam keta. Lupa dah case apa..berdrama la mak ari tu. Ater,ce la korang pikir sendirik, ratu sentap yang kecik tu, menurun perangai dari mana kan..Hahaha.

Dek kerana mak tersentap tu ler, pakcik tu terajin plak menyinggah kat sini. Ni pun leh kira pot wajib gak singgah tiap kali balik dari kampung nun.




Tuesday, September 21

ALTERNATIF UNTUK HINDARI SERANGAN MALWARE. MAK PUN KENA!!

Alkisahnya, pagi semalam, bila mak bukak umah pepel mak ni,mak dapat mesej ini di blog mak sendirik??? Mak pun kena?? AYakkk...Gubra & gabra giler mak dengan warning yang kaler me'ah macam Redmummy nih..Pening memikirkan caranya. Berpusing seputar halam mak mencari alternatif untuk serangan malware kali ni.

Then, korang pelik tak kalau 2-3 menjak ni, macam nak patah jari korang bertandang kat sini sana tapi hanya ada beberapa kerat je manusia yang menbalas kunjungan korang? Terpikir tak korang kenapa trafik korang jatuh merundum macam terjun tiruk dari tingkat 12? Mak yang sangat buta IT dan benda benda cenggini bersilat mencari altenatif untuk hindar benda ni jadik kat blog mak. Akhirnya, mak jumpa alternatif yang mampu settlekan masalah malware di blog mak ni.

PERJUMPAAN BLOGGER TERMENGONG!!

Sempena Ari Raya yang dah lopeh beberapa ari, perjumpaan Blogger Termenggong abad ini dilangsungkan secara tak tersengaja. Miahaha.. Siapakah blogger2 yang termengong ni hah?? Yeahhh..ini dia...
Drum beat pheliss!!
Treng
.
.
Teng
.
.
Teng
.
.
...Keceperrrr...






Monday, September 20

BILA HATI KECILKU BERDETIK

Dalam kehidupan mak, selalu terjadi benda nih. Mungkin kebetulan but selalulah terjadik! Meh mak nak share 2-3 case yang berlaku baru2 nih.

Sunday, September 19

RAYA DI KOPITIAM

Pot biasa la mak sekeluarga melepak kalau dah balik ke Johor nih. Si angah manja bobok yang request nak kesini kali ni. Bukan main main gak anak mak ni..demand tak hengat! Mak pun melaju ajelah setuju sebab nak lepaskan gian 1 bulan tak mengopi. Hiks..


Saturday, September 18

MANIK : CINTA KIRANA

Biasalah kan, musim musim raya ni kaum ibu a.k.a kaum perempuanlah manusia yang paling sibuk kat atas muka bumi nih kan? Like mak sendiri pun, kalau kawan kawan mak ingat ari tu, seminggu sebelum nak raya, kesibukkan mak, punya la Ya Rabbi...

Friday, September 17

SESI BERGAMBAR PLAK YE

This is my family. Susah kan korang nak tengok muka laki mak? Sampaikan ada yang bertanya..ada yang pelik, eh..macam macam lah! Hah..ni, telek la puas puas muka dia yek. Hiks..Apapun, dek kerana korang ler, mak dah kena zass dengan pakcik nih- Dia tak suka nak possing amik gambar nih! Bak katanya, dia cukup monci..But, dek kerana mood raya, dia layan ajelah sesi bergambar kali ni. Next time, susah la kot nak snap pic dia possing possing nih dan tepek kat sini dah!

Thursday, September 16

TERKENA KENCING DI ARI RAYA




Salam 1 Malaysia! Ari ni cuti la plak lagi kan? Yang mana dah start kerja semalam, sambung balik cuti ari ni yek. Mak still lagi bercuti till isnin depan. Hahaha..syiok bah lepak lepak kat umah time cenggini. Sila jangan jeles.


Ni mak nak sambung citer ari raya lagi. Korang nak tahu tak ni..kisah kami sekeluarga kena kencing di ari raya??

Wednesday, September 15

BERMAAFAN DI 1 SYAWAL

Yup..Ini adalah 1st time mak beraya sebagai seorang blogger. Hak tui!! Blogger ker masalahnya. Tapi tak pe lah..Semuanya adalah untuk kenang -kenangan mak kan? Acara wajib setiap 1 Syawal, amik pic sekeluarga dan bermaaf-maafan kan. Cuma pic keluarga kali ni sangat tidak memuaskan ati mak! Maklum ajelah..potoghafer tak bertauliah. Gelap jadik pic nih..Hisy!! Dah ler baju tu pun kaler gelap..

Tak kira..mak nak gak tepek gambar yg cerah dan syantek dimata mak! Waaaalaupun tanpa anak2, yang penting, ada gambo yang syantek dimata den! Miahaha...buleh gitu? Finally, pic yang syantek nih diamik oleh anak dara kecik mak si meisya. Kira buleh arr kan? Hah..leh sambung balik citer raya mak nih.



Tuesday, September 14

KESIBUKAN..

Raya tak abis lagi kan? Kita sambung citer pasal raya lagi yek..Lagipun, memang tengah mood raya. Bagi abis semua citer raya, then leh citer pasal benda lain plak..tol tak? 


Mak sekeluarga balik ke kampung ari rabu ari tu sebab nak merasa bersahur dan berbuka bersama keluarga mertua. Maklum ler...duduk jauh, nak balik tiap minggu atau bulan, tak mungkin! So, amik kesempatan balik awal sehari dan jemaah ler buat semua tu. Semua adik beradik ipar duai ada..penuh riuh rendah lar umah.Sampaikan hidangan makan tu kena wat 2 set ler. Ater..penuh sangat kan..Tapi seronok..inipun, ada satu lagi adik ipar yang lum sampai.



Saturday, September 11

AKTIVITI WAJIB SETIAP MALAM RAYA

SELAMAT ARI RAYAAAAAAA..
Hai geng! Amcam ari raya korang wei? Raya mak sekeluarga cenggini ajelah haa.. Tahun ni turn balik kampung laki mak plak so, beramai2 le kami menuju ke kampung halaman laki mak di Kluang - Johor. As mak told u all before, banyak aktiviti yang perlu mak settlekan sebelum balik ke kampung halaman. Biasa ler..aktiviti sebelum raya apa lagi kan?

Aktiviti wajibnya samalah macam keluarga korang2 yang lain kan. Kemas umah, buang sawang, sapu habuk debu, alih kerusi meja, tukar sarung kusyen & langsir semua tu lah! Masing2 dah berzikir kat telinga mak pas berbuka tu nak balik kampung. Tak menyabor nau koo!! Tak leh langsung bagi can kat mak ni nak pejamkan mata kejap. Pas je berbuka, acara punggah memunggah pun bermula ler..tak de tangguh2 lagi dah wei.


Wednesday, September 8

SALAM SYAWAL UNTUK SEMUA

...Assamualaikum...
Semua dah ready nak balik kampung ke? Yang dah sampai ke kampung, Alhamdulillah..pada yang baru nak memulakan perjalanan ari ni, pastikan dulu..
_/ = Baju semua cukup
_/ = Kuih raya untuk mak pak dah packing
_/ = Duit raya uuntuk kaum keluarga dah ada
_/ = Suis umah semua offkan
_/ = pagar umah kunci baik
_/ = Pastikan jiran umah tahu bila korang nak pergi dan balik

Kepada semua kawan yang nak balik Kedah, Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu, Johor dan lain2 negeri tu, berhati2 lah memandu. Pastikan dapat rehat yang cukup sebelum memulakan perjalanan. Pastikan jugak kenderaan korang dalam keadaan yang sangat baik. Utamakan keselamatan. Mak doakan semua teman2 akan selamat pergi dan balik. Biar lambat tapi selamat kan..Mak sayang korang semua!!

Dikesempatan yang ada ini juga, mak ingin menyusun 10 jari memohon kemaafan seandainya selama perkenalan kita di sini, mak ada terkasar bahasa mahupun melakukan sesuatu yang menyinggung perasaan kawan2 semua. Sesungguhnya, mak hanyalah manusia yang sangat tidak sempurna.

...SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dari mak sekeluarga...


CERITA KUIH RAYA

Salam Kawan2..Malam nih tengok anak bulan tapi dijangkakan raya ari Jumaat tul tak. Pejam celik, pejam celik, dah tinggal 1 ari je lg nak raya kan? Adeh...orang lain dah seminggu lepas dah demam raya, mak baru je nak start enjin! Thehehe...ni mesti tinggal saki baki je kawan2 yang ada ni sebab kebanyakkan dah amik cuti blk kampung awal2 ni..

Berapa banyak kuih raya yang korang dah prepare kat umah korang hah? Macam mak cakap, tahun2 sebelum ni, mak la manusia yang bertanggungjawap bergasak dengan pemukul telur, marjerin, uli tepung, tekap2 acuan tu & ngadap oven paneh tu. Tapi tahun ni, mak wat kaedah lain plak..

Tuesday, September 7

AKTIVITI SEBELUM BERBUKA

Salam kawan2.. Apa aktiviti korang kalau menunggu waktu berbuka tu hah? Mak plak, dekat2 nak berbuka tu lah waktu yang paling sibuk sekali tau! Mana nak siapkan makanan, mana nak hidangkan semua tu bagai..dan mak suka goreng sayur last2 minute macam tu. Baru la besh sket makan tu.

Like semalam punya menu, mak just masak Siakap Stim, kcg kelisa goreng belacan dengan ayam + mushroom masak oyster sos. That all..x per banyak2. Sambal cili tu wajib ye bila makan ikan stim..

Monday, September 6

PENANGAN AIR TEBU







NI mak nak tanya, bulan puasa nih kan, apa makanan @ minuman peberet korang? Mak plak, dalam banyak2 air minuman, plak paling suka yang hamat minum air tebu kalau time berbuka puasa tu. Kemanisannya pastu plak, tambah ice manyak2 di waktu ari2 yang paneh..Perhh..!! mabeles koo. Dan, sepertimana yang dah mak maklumkan dulu2, mak ni memang tak reti minum air paneh. Lambat nau nak meneguk air paneh2 tu time makan.. Dan mak gak tak de nak pantang2 makan ini itu. Semua mak sebat. Alkisah, dek kerana penangan air tebu ni lah, mak ada 1 kisah..

Sunday, September 5

DI SAAT..


Last 2-3 weeks ago, mak ada dapat 1 email dr seorang kawan mak ni. So mak rasa mak nak share le email ni dengan korang semua. Klu korang dah pernah baca, abaikanlah..klu belum, baca dan renung2kan lah.. Puisi ni tak ketahui siapa pencipta asalnya..so, mak tak boh ler link @ credit pd tuan punya puisi nih..

Saturday, September 4

TEMPAHAN MANIK : NIGINA UNTUK REDUCEKAN MY STRESS!

Semalam dah start cuti sekolah kan. Kawan2 ni semua nak blk cepat2 sebab kebanyakkannya berasal dari Kelantan & Terengganu. So, jalan masuk ke kedua - dua negeri tu memang saban tahun akan jem berjam2. Biasa la kan..kebanyakkan anak negeri tu merantau ke negeri lain..time cuti raya ni berpusu2 lah balik ke kampung asal masing2. Tu pasal jem gila kari babas kalau kat Jalan Kuala Lipis - Gua Musang dan Kuantan - Terengganu nun! Berhati2 memandu semua kawan2..

So, ini adalah tempahan terakhir dari kawan mak. Seperti dijanjikan, mak kena siapkan sebelum ari semalam. Dah siap 1 minggu lepas. Cuma, entry ni tunggu turn nak publish le. Macam biasalah jugak, design Nigina yang paling banyak diminta untuk dibuat. So..kali ni pun, nigina lah gak!

Friday, September 3

MAK BAYAR NIAT

Salam Ramadhan kawan2. Ari ni dah masuk ari ke 24 Ramadhan kan..Tak lama lagi kita akan raya plak. Di waktu ini kita sedang menanti dan menghitung malam lailatulqadar la plak kan? Ari ni last day bersekolah..so, berhati2 dijalanraya pada yang berpusu2 nak balik kampung ari ni ye.

Sebelum mak share citer ni, mak harap niat mak ni tidak disalahertikan! Bukan niat untuk riak, apatah lagi nak menunjuk2. Cuma, mak nak share apa yang mak buat ari ni acually.  Aktiviti yang dah 1 bulan mak tinggalkan sebenarnya. Biasanya setiap ari Jumaat, mak suka bersedekah sarapan di kantin untuk anak2 murid nih. Tapi, sebulan ni kan kita berpuasa..so terhenti la jap aktiviti mak tu.







Thursday, September 2

AHAD YANG HYPERAKTIF-EDISI KEDUA

Hye geng! Semalam selesai hyperaktif ari sabtu kan? Ni, edisi hyperaktif ari ke dua plak. Ari ni sambung lagik aktiviti yang harus diselesaikan segera. Kebetulan plak ari ni tak kerja, settlekan ajelah apa2 benda yang tertangguh. Banyak gak program mak ari ni.
Dek kerana sampai pun lewat semalam, pukul 2 pg,so wajib le mak terbabas bangun sahur! Hiks..celik je mata, ngam2 orang nak mula azan. Mana nak sempat nak kejutkan anak2 mak bangun dari tido tu kan. So, berpuasalah kami tanpa bersahur. Pukul 8, anak2 mak dah merenggek nak berbuka. No way..selagi mak rasa diorang mampu tahan, mak pujuk2 la depa. Mak bodek2 depa kata ari ni nak pi beli seluar depa plak. Senggih memasing sampai ke telinga bila dengar. Tu..anak dara mak gigih baca buku walaupun dalam keta tuuu.

Wednesday, September 1

SABTU YANG HYPERAKTIF

Fuiyooo.. Walaupun stress dengan masalah yang  tak settle2 tu, kita tolak tepi yek..let it gone by da wind kata omputeh. Ngeh3x.Menurut kata afiq anak mak di alam maya sorang tu gak, when mak tak hepi, pi la berjimba dengan anak2 & keluarga mak kan? Hah!! ni..mak pun menyahut la cadangan mu wahai afiq..2 ari cuti wiken, 2 ari la gak mak jadik hyperaktif. Nak sangat kan..

Pendek kata, berpeluh la tiak2 anak2 mak ikut program yang mak yang hyperaktif tu. 1001 agenda yang perlu mak selesaikan ni ha..keh3x. Merangkak ikut vontot mak pak depa! Apa dia programnya yang hyperaktif sangat tu? Meh tengok apa aktiviti mak selama 2 ari mak senyap..

Followers