Tuesday, September 21

Home » » ALTERNATIF UNTUK HINDARI SERANGAN MALWARE. MAK PUN KENA!!

ALTERNATIF UNTUK HINDARI SERANGAN MALWARE. MAK PUN KENA!!

Alkisahnya, pagi semalam, bila mak bukak umah pepel mak ni,mak dapat mesej ini di blog mak sendirik??? Mak pun kena?? AYakkk...Gubra & gabra giler mak dengan warning yang kaler me'ah macam Redmummy nih..Pening memikirkan caranya. Berpusing seputar halam mak mencari alternatif untuk serangan malware kali ni.

Then, korang pelik tak kalau 2-3 menjak ni, macam nak patah jari korang bertandang kat sini sana tapi hanya ada beberapa kerat je manusia yang menbalas kunjungan korang? Terpikir tak korang kenapa trafik korang jatuh merundum macam terjun tiruk dari tingkat 12? Mak yang sangat buta IT dan benda benda cenggini bersilat mencari altenatif untuk hindar benda ni jadik kat blog mak. Akhirnya, mak jumpa alternatif yang mampu settlekan masalah malware di blog mak ni.


Sebelum ni, mana2 blogger yang amik badge Gengblogger telah dijangkiti oleh virus ini. Dan sekarang plak,  kemungkinan virus malware ini banyak didapati di link2 yang mak sendiri susah nak cakap. Ada yang kata di link kawan. Ada yang kata dari link Suratkhabar, Ada gak yang kata dari blog yang pasang iklan dari 1 company iklan nih..Yang pasti, BUKAN NUFFNANG scandal kesayanganku itu!

Ada yang tanya mak, macamana nak tahu blog kita ada malware atau tak kan? Hohoho..korang bertanya pada orang yang salah.Miahaha..kan mak dah bilang tadik seh..mak buta IT tp kerana ingin berkongsi apa yang mak baru tahu dan untuk menjadikan n3 ini sebagai rujukan mak sendiri di masa akan datang, mak share disini ye..

Macamana nak tahu??
Kalau kita pengguna Google Crome, dengan sejujurnya cik abg croome kesayangan kita tu akan kasik report cepat2 kat kita sape yang nak buat onar kat kita. Kihkihkih..Maunya tak..kasik warning me'ah macam kat atas nun..sereeem tali pusat mak ko!

Klu IE ke, Firefox ke, cuba2 lah tukau korang punya ye. Untuk langkah2 keselamatan. Kalau korang bnyak pengetahuan dalam bidang ni, mak alu2kan korang share info. Mak amik langkah hindari..so, GUNA CROOME~ Pomot la plak ni yek..

Altenatif untuk hindar malware nih?
Kita buntangkan mata kita besau2 kalau kita nmpk warning me'ah ni kat blog kwn kita tu. Tgk dari mana dia datang...let him / her know melalui email ke, call ke, sms ke..tak pun, kalau korang dah kebal, terjah je blog tu dan bgtau kwn kita tu. Pssst.. Ada gak blog kawan yang mak terjah bgtau dia sbb tak sanggup mak kalau tak leh baca n3 terbarunya..hakhakhak!

Untuk blog kita sendiri, Sis Dahlia suggest:

i. Korang semua buat kawad cam  darimana malware tu dengan Google webmastertool. Kasik cam kawad kat SINI ye.

ii. Pastu, buang dulu buat sementara waktu link2 yang ada malware tu ye. Langkah ke 2 ni, mak amik untuk blog mak yang kena serang smlm dan alhamdulillah, settle masalah mak! Sori lah geng...mak terpaksa amik langkah langkah keselamatan tersebut untuk menyelamatkan umah pepel mak ni. Ater...tuan tanah umah pepel ni kan ngong benda IT2 nih..kang mak meraung tak berdendang kang, sape nak tulung lap hingus ijau mak?

iii. Pas mak buang semua link tadi, mak pasang dan guna plak 1 PROGRAM yang telah dishare dan diguna pakai untuk membunuh semua virus malware ni KALAU dah masuk dalam system komputer kita la yek..Mak ikut semua je cadangan blogger2 otai ni untuk memastikan keselamatan dan keamanan sejagat umah pepel mak nih. Mak kan ngok..semua apa yang orang soh mak buat, mak buat ler..tak rugi pun ikut kan..?

Akhirnya..dalam sesi bermesra membalas kunjungan ke umah kawan2, kalau terpampang je warning me'ah tu, MAK MINTAK HAMPOON BERIBU RIBU LEMON kalau korang rasa mak tak balas jejak korang..Harap korang paham dan tahu jawapannya kenapa ya..Walaupun mak dah pasang alat kebal, walaupun mak dah ikut semua langkah2 keamanan sedunia sejagat, sebaik2nya mencegah lebih baik dari mengubati kan...kepada kawan2 yang sangat2 rajin bertandang kat umah mak tapi tak mendapat balasan yang sewajarnya dari mak, mak ingin menyeru dan merayu kepada korang semua, SILA LA BUAT APA YANG PATUT. Agar, kemesraan dan jalinan mesra kita tak akan terhenti kerana dek serangan Malware hampagas itu!!

So, kalau korang rasa entry mak ni membantu, alhamdulillah..tapi kalau korang rasa masih tak mencukupi, korang leh belek telek sampai lebam plak kat link2 otai kat bawah ni untuk pengetahuan bersama ye syg! Daaaaa...








33 Nak Cakap Jugak??:

Melati Qistyna's Mummy said...

uiks, mak ade 2 n3 ari neh semata2 nk tulun kengkawan... tumb up.... tks makkk cayunk

Lagenda said...

@Melati Qistyna's Mummy Ye syg oii..utk kwn2 dan utk rujukan mak sendirik jugak nnt.

Syg muah muah muah.

Nobita Sensei said...

takutnya kena virus pelik2..

cik panadol said...

kadang2 teknologi cecanggih ni menyusahkan je....

Lagenda said...

@Nobita Sensei Mak pun takut, dan mak dah pun kena~huk..bunyi ckp mcm org eksen je kan? Tp kerana dah terkena ni lah buatkan kita belajar sesuatu tau..

Lagenda said...

@cik panadol Bila dia susahkan kita, kita cari jalan menyenangkan kita blk!

mr.curly said...

td ceq dh siramkn bergelen2 petrol kt lappy ceq , tgu mase je nk nyalekn api ni..

icee-yah said...

icee pon bru je install..tak tahulah ade lg ke tak ni

Lagenda said...

@mr.curly Sabaq cek sabaq...mai mak urutkan dada. Eh!! Mak urutkan pewot muncit ye..

Ellen said...

hahhahaa...ya mak....tq banyak2 atas ilmu yang di beri...tak sabar nak hug n tido ngan mak...adoiii....

Lagenda said...

@icee-yah Buat semua yang perlu iceeyah.

Lagenda said...

@FloEllen Sama2..kita sama2 blajo ye ellen. Mak pun ngok gak!

Hug2 n tido ngan mak d awal mlm, dibwh katil nnt kao bgn pg. Miahaha

kema said...

penah kena jugak..dh buang dh gengblogger tuh...tp skg neh ramai plak blogger2 feveret kema y kene malware tuh..haduii potong mood utk bw....

Lagenda said...

@kemaKlu kema berani & kebal, roger ar diorang kasik tau.

CY said...

mak, aku pon buta IT jugek.
kalo aku kena tlg bagitau ye.
tocey... (:

Lagenda said...

@nkara Kita sama arr..buta IT. Tp dek kerana dah terkena ni, terpaksa la gagahkan diri blajo.

cik panadol said...

tak suke pakai chrome tp tak lame lepas bace entry mak ni td, termasuk pulak kt website yg ade malware tu...siap leh masuk main redah je bondoalah tu tanpa warning...lepas je tu, terus download chrome sbg langkah berjaga-jaga...

Lagenda said...

@cik panadol Alhamdulillah..berguna gak informasi yg mak share nih!

Sharinginfoz said...

still tak faham dengan google webmaster..... anyway rasanya most of the blogs dah ok

Lagenda said...

@Sharinginfoz Bila kita saling membantu share apa yg kita tahu, ramai yg amik action dah kebanyakkan dah ok lah!

sweetsal said...

tq mak for sharing..blog kita ok tak mak..kita dh lama guna google chrome..ada sekali benda merah tu melekat pulak..takut nye..kalo ada bgtau ye mak..sayang, muahhh..

Lagenda said...

Sweetsal : No prob dear..Kalo mak dah sggh tgl jejak tu, maknanya dah ok lah tu.

JMR said...

ni lah yg sy maksudkan ritu mak, sush nk msuk blog mak..malware kah..

Lagenda said...

@J.M.R Thanks atas maklumat yg JMR kongsi dgn mak!! Lap lap u lah cenggini..

ozzy said...

salam..
Cara saya bila diserang virus adalah dengan menggunakan "system restore".. setakat ini semua ok kecuali ada satu virus saja yg x blh lawan sbb virus tu mmg bijak dia lock terus system restore tu.

Lagenda said...

@ozzySalam en Ozzy. Ni 1 lg info dan ilmu yang dapat mak blajar. Thanks ye!

annazanariah said...

mak.. thanks for sharing da info.. nak start buat kawad cam dah ni. b4 ni bz.. thanks again.. berdebar nih. sayang jugak umah pepel anna tu.. ekekeke..

Lagenda said...

@annazanariahno prob dear. Sama2 belajo.

paradokshati said...

salam mak, macam mana blog dh ada malware, dh try nak remove link yang kene malware tu tapi bila cari link tu takde pun..plz help me mak :(

Lagenda said...

@paradoks hati Mak ni bknnya pandai tahap dewa pun paradok tp dah cuba ke baca2 link2 yg mak bg tu?

lain2 alternatif, cuba buang link Mistery link, favicon, dan link ke blog kwn2 yg telah dijangkiti malware ataupun wiget2 yg disyaki.

Harap apa mak cdgkan ini dpt membantu

Anonymous said...

info berguna

thanx mak..!!

AngahSayang2314 said...

mak.. memang pun tapi angah tetap singgah hehehe

eh mak rumah angah ada ke virus tue???

Lagenda said...

@AngahSayang2314 Rasanya x de..sbb tu le mak leh terjah dah td!

Followers