Saturday, January 15

imej032.jpg


imej032.jpg
Originally uploaded by Mak@bealagend

Test je

Saturday, January 8

WORK IN PROGRESS

Yeah. Blog ini dalam pengubahsuaian dan naiktaraf. Mungkin memakan sedikit masa. Terima kasih kerana bersabar dan menyinggah disini. BRB soon bebeh!

Friday, January 7

YOUKOSO...SELAMAT DATANG KE JAPANESE VILLAGE DI BUKIT TINGGI!!

Youkoso Japanese Village...
(Selamat Datang ke japanese Village)

Arigatau gozaimasu!
( Terima Kasih )

Kyou wa ii o tenki desu ne?
(Cuaca arini bagus bukan?)

Hai..
( Ya )

Hah kooo..speaking jepun plak mak kali ni. Ko hengat mak tak tau makna bahasa jepun ni?? Tapi memang mak tak tau pun! Gimik je lebey..Ngeee..

Ater, dah penat bergambar berfeeling feeling cam kat kota perancis at Colmar Tropicale tu, mari kita beralih arah ke Japanese Village plak yek. Sikit info untuk korang yang tak tau apa keistimewaan japanese village di bukit tinggti bentong ni, dengar dengar cerita, ketinggian Japanese Village ni setinggi 3500 kaki dari paras laut dan satu satunya perkampungan jepun yang ada di Asia. Waaah! Patutla sejuk semacam je kat sini! So, jom kita tengok plak apa yang menarik kat Japanese Village di Bukit tinggi ni.

Oleh sebab kita dah bayar harga masuk kat pondok pengawal kat bawah bukit sana rm 12 untuk dewasa dan rm 8 utuk kanak kanak tadi, kita parking cantik cantik kat parking hotel ni yang macam castle ni . Nama hotel ni apapun mak tak tau..

Thursday, January 6

PERASAN MACAM KAT KOTA PERANCIS BILA SAMPAI DI COLMAR TROPICALE BUKIT TINGGI

Pas kita berseronok kat Taman Arnab tadi, kita menuju ke Colmar Tropicale di Bukit Tinggi plak ye. Alaaaa..tempat yang macam kat kota perancis tu la! Untuk pengetahuan korang yang tak pernah sampai sini, semasa mendaki bukit naik ke bukit tinggi ni ada post guard gitu kat kaki bukit sana.

Ke Japanese Village dan Colmar tropicale dibukit tinggi tu dikenakan tiket masuk dengan harga RM 12 untuk dewasa dan RM 8 untuk kanak kanak. Ke taman arnab tadi tiket masuk ke taman arnab RM 3 seorang je ok.

Haaa..sampai dah ke Colmar Tropicale nih. Sebijik macam kat perancis wei. Maunya mak tak perasan macam datang ke kota perancis?? Kebetulan ari yang kami sampai ni cuaca cantik sangat, suka arr klip klap klip klap le ngamik gambar!

Tengok gambar tu, awan pun nampak kooo!! Dah nama pun datang bukit tinggi ala ala ke perancis ni untuk mengestest dslr kan..Jom layan gambar gambar yang diambil dengan dslr gajah hitam oleh along tu. Miahaha..

Tuesday, January 4

DARI HOTEL PUTRA PUSRAWI KE BUKIT TINGGI

Hah koo! Citer yang leh dikatakan dah basi tapi dulik apa mak nak publish pun kan! Ahaks..Sambungan citer ke KL tu kan di pause sementara untuk bagi laluan kepada demam tahun baru last week. Kali ni buleh mak sambung citer tu?

Si along yang excited dapat 'gajah itam'

Masih lagi di dalam Hotel Putra Kuala Lumpur ni yek. Mak nak kasik review sket di hotel putra yang mak dah check in. Pada korang korang yang macam me ni, familiar dengan nama tapi tak tau dimana lokasi hotel putra yang tepat, meh mak repeat  again kasik tau. Hotel ni hak milik hospital pusrawi tu. Sebelah je dengan hospital pusrawi ni. Kerana itulah, kemudahan yang ada dalam hotel putra ni sangat mesra pengguna dan pesakit. 

So, kalau korang ada ahli keluarga yang kena warded kat hospital pusrawi ataupun kat IJN tu, bagi mak, hotel putra ni lah yang terbaik untuk korang stay. Sebeb pe, IJN tu pun cross je jalan dari hotel putra ni. Kalau ada yang nak pergi ke Hospital Besar Kuala Lumpur ( HKL ) pun dekat. Nak jenguk ahli keluarga pun dekat, nak ke tengah bandar pun dekat! Harga berpatutan, makanan pun not bad okey..

Monday, January 3

HARI PERTAMA SEKOLAH DAN TAKWIM PERSEKOLAHAN TAHUN 2011 KUMPULAN A DAN B

Kringgggggggggggg...!!!!

Hah! Arini dah tamat tempoh untuk anak anak kita bersuka ria. Mana anak anak yang duduk di hostel dah mula kena masuk 'jail' balik...hahaha. * mak tau ler sebab mak pun bertahun duduk hostel *Dan, mak percaya kita yang jadi  mak pak ni pun dah mula sibuk jadual seharian 2 -3 menjak kebelakangan ni walaupun sesi persekolahan 2011 masih belum dibuka. 

Korang yang ada anak memasuki sesi persekolahan rendah dan menengah, mesti dah sibuk nak menemankan anak di minggu orientasi, hari pembayaran yuran dan mengambil buku teks kan. Tambah tambah lagi hari pertama bersekolah dalam 2011 ni, mak leh bayangkan kesibukan korang arini. Berkejar sini sana hantar anak anak..

Imbas kenangan tahun tahun dahulu jap! 2-3 tahun dulu, mak kan tinggal berasingan dengan pakcik tu, so memang tak der istilah nak bermanja manja bertunggu tangga kat kelas anak anak. Selesai je urusan pendaftaran anak, hantar ke kelas dia, bye bye! Tak der maknanya nak tunggu tunggu ni wei..3 anak, sini sana nak bekejar.

Sunday, January 2

RAHSIA KESEDAPAN TOMYAM AYAM CAMPAK CAMPAK

Korang tau ajelah kan, mak ni bila ujung minggu baru reti nak jadik surirumah..itupun kalo tak der class kat Uni la..Hihihi. Kalo tak berjoget ronggeng kemana mana, haaa..bila free time dok umah cenggini, campak buku, campak kerja kerja opis. Tanya laki, tanya anak nak makan apa, masak la jawapnya!

Knowing me, akceli mak suka memasak. Dan paling suka bila orang suka makan hasil air tangan kita. Kalau gegak gempita seisi alam suruh masak then makannya hanya secubit, hah! Rentikan ajelah..Kali ni, rayuan si anak sulong nak makan tom yam sotong but unfortunately, sotong tak der arini yek. Kita kasik tukar itu sotong kepada ayam ajelah.

Yang dah biasa memasak, memang rasa senang aje la masak tomyam ni kan. Tapi mak memahami kalau kalau ada gak orang yang tak tahu macamana nak masak tom yam ayam ni. Bukan susah pun masak resepi tomyam ayam ni sayang oooi..main campak campak je bahan bahannya. Tak caya, tengok bahan bahannya dan macamana cara nak masak tomyam ayam ni. Siyes..sumpah mudah!

Saturday, January 1

TAKZIAH PELAKON ADAMAYA FAIZAL YUSOFF MENINGGAL DUNIA!!

Dalam pada kita bergembira menyambut tahun baru 2011, satu lagi permata di persada seni telah meninggalkan kita. Alfatihah untuk arwah Faizal Yusoff..

Terbaca di blog JMR tadi, yangmana pelakon Faizal Yusoff yang mak minat lakonannya ini telah meninggal dunia pada pukul 2.30 petang tadi. Terperanjat gile dengan kemergiannya dek kerana sakit jantung di Hospital Pusrawi.

Kepada yang kurang mengenali arwah, faizal ini adalah bekas suami kepada penyanyi Siti Nordiana dan memiliki seorang anak bersama Nordiana. Arwah Faizal Yusoff ini yang baru berlakon dalam drama meletop adamaya aritu. 

Kepada kaum keluarga, terutama kepada anaknya, Salam takziah. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi arwah. Al Fatihah untuknya. Moga, arwah faizal yusoff  di tempatkan dikalangan insan insan yang terpilih.

DariNya dia datang dan dariNya juga kita kembali. Tak akan tertangguh walau sedetik, tak tercepat walau sesaat. Sementara hidup, hargainya apa yang kita miliki sekarang sebelum ia pergi tak kembali dan ianya akan kita sesali.

Al Fatihah...

KOYAK POKET UNTUK PERSIAPAN PERSEKOLAHAN 2011

Happy New Year 2011 Beb! Tahun baru dah bermula dah arini, so, agenda utama mesti la nak buat persiapan sekolah anak masing masing kan? Tambah tambah plak cuti lagi arini. Korang dah ada azam baru ke  hah? 

My wish hanyalah semoga kehidupan kita makin diberkati, diberi rahmat oleh Yang Esa dengan apa jua yang kita lakukan, dikurniakan kesihatan yang baik baik dan juga dilimpahkan rezeki yang kencang hebat kan! 

Haha..like rezeki tahun baru jugak la kan, alhamdulillah. 2 penyewa tapak iklan mak telah disewa oleh 2 orang blogger lain. Blog si Angah dan Blog HoneyBee. Kalau korang senang senang, singgah la plak blog depa okeh! Yang lain, kalau masih berminat untuk menyewa tapak tersebut, di alu alukan yek..:p


Rezeki dan bertambah, so, kena la berbelanja plak kan.. Ni, diam tak diam cuti sekolah dah nak tamat so, dah masanya untuk mengoyakkan poket ler teman!!! Korang dah siap lum?? Ke, mak ni yang ketinggalan ketapi?? Mak ni baru nak panaskan injin untuk siapkan persiapan sekolah anak anak ni. Maklum ajelah program mak sebelum ni macam hape kan. Dah settle semua, baru la ati ada manyak sinang mau shopping shopping maaaar........

Hikss..Alololo..tengok tu! Kesian si angah yang bobok ni. dah penat pikior which one kaler baju sekolah dia kot! Macam arr leh sukatik nak pilih pakai kaler hape kan? Miahahaha..menongkat kepala sampai cenggitu sekali wei!

Siap ajelah bajet dan poket korang. Kopak ke, rebeh ke, koyak ke, nak buat macamanakan..shopping tu shopping la tapi bajet untuk anak kena la put aside awal awal. Bajet kena ada nok..tu tak masuk lagi bajet untuk yuran sekolah lagi. Usually, mak beli baju dan kasut baru untuk anak anak ni setiap sesi persekolahan. Kasik mood meletup letup untuk depa di tahun baru.

Followers