Tuesday, January 4

Home » , , , , , , » DARI HOTEL PUTRA PUSRAWI KE BUKIT TINGGI

DARI HOTEL PUTRA PUSRAWI KE BUKIT TINGGI

Hah koo! Citer yang leh dikatakan dah basi tapi dulik apa mak nak publish pun kan! Ahaks..Sambungan citer ke KL tu kan di pause sementara untuk bagi laluan kepada demam tahun baru last week. Kali ni buleh mak sambung citer tu?

Si along yang excited dapat 'gajah itam'

Masih lagi di dalam Hotel Putra Kuala Lumpur ni yek. Mak nak kasik review sket di hotel putra yang mak dah check in. Pada korang korang yang macam me ni, familiar dengan nama tapi tak tau dimana lokasi hotel putra yang tepat, meh mak repeat  again kasik tau. Hotel ni hak milik hospital pusrawi tu. Sebelah je dengan hospital pusrawi ni. Kerana itulah, kemudahan yang ada dalam hotel putra ni sangat mesra pengguna dan pesakit. 

So, kalau korang ada ahli keluarga yang kena warded kat hospital pusrawi ataupun kat IJN tu, bagi mak, hotel putra ni lah yang terbaik untuk korang stay. Sebeb pe, IJN tu pun cross je jalan dari hotel putra ni. Kalau ada yang nak pergi ke Hospital Besar Kuala Lumpur ( HKL ) pun dekat. Nak jenguk ahli keluarga pun dekat, nak ke tengah bandar pun dekat! Harga berpatutan, makanan pun not bad okey..

Macam yang mak cakap tadi, harga hotel putra ni untuk standard room RM 180 per night termasuk breakfeast for 2 ok. Plan asal - hanya mak pak je nak berdating berdua turun makan. Anak reguest nak makan roti canai pagi tu. But, bila sampai je kat coffee house, dengan breakfeast RM 8 je untuk kanak kanak, mak roger ajelah anak anak turun ke coffee house nih. Nak kisah apa RM 8 kan..kasik ajelah pampers anak anak.

Untuk along dan angah ajelah yang kena bayar. Adik dikira bawah umur lagi. Hah! Tuu...coffee hausenya mengadap jalan besar so betul betul je depan building IJN. 

Macam macam jenis makanan tekak Malaysia la kan. Nasik lemak, mee goreng, roti bakar * mahap nak, roti canai yang korang nak tak der erk* bubur nasik, kuih muih 2-3 jenis dan buah buah pencuci mulut. Pilihan air pun macam biasa la kan, ada 2 jenis air panas, 2-3 jenis air sejuk.

Mak prefer makan bubur nasi dan roti bakar. Along macam biasa la kan...nasik lemak no sambal. Angah plak leh sapu je segala makanan yang ada. Adik plak tak mau makan! 

Caaaait! Jap lagi dah berkicau memekak kata lapar. So, mak paksa dia makan roti bakar. Abis la sekeping..rugi tul bawak sekenit ni makan tempat tempat cenggini * kalo la kepala dia pun dikira la *

Haaa..korang ingat orang yang baru dapat lesen je yang gian pegang streang kereta?? Ni, anak mak nan sorang plak gian memetik metik button dslr yang diorang ni panggil gajah ilham.

Bila anak gian memetik, ibunya la jadik model sambilan!

Sambil sambil menunggu kereta kita sampai, kita possing la kan...hahaha.

Mana destinasi pas ni?? Bukit tinggi ler nok..trip ke KL kali ni mak tak de ati nak bershopping sakan. Tujuan nak beli dslr gajah hitam tu plus plak dapat smartpad tu dah cukup menggembirakan hati mak. Moh kita ke Bukit tinggi plak..Yeeeeeeeehaa!

24 Nak Cakap Jugak??:

mr.curly said...

kiteorg pn tdo blik sbelah mlm tu..hikhik

Ellen said...

Ini plak hotel yang Mak maksudkan..Ellen tau ni kat mana..next time leh cek in sini kot..hehe

Lagenda said...

MR CURLY : Hah?? Bilik sebelah?? Seb bek x tido bawah katil mak..miahaha

Lagenda said...

ELLEN : Info ni utk org kwn2 yg memerlukan hotel yg dekat dgn hospital la ellen. Mudah sket nk pi hospital IJN ataupun pusrawi..Hospital Besar KL pun tak jauh sangat.

AngahSayang2314 said...

amboii makkkkkk sempat lagi post2 ye.. apa pun leh tahan yer hotel tuee....

cik panadol said...

laaa....mak ke yg dok sblh bilik curly aritu...
patot le dia dok merungut tak leh tido malam tu...bising sangat bunyi katil bergegar kt bilik sebelah dia....mak la punye keje ni ye kekeke

Lagenda said...

ANGAH : Haha..dah anak suka memetik camera, mak plak gila possing!

Sesuai la kan

Lagenda said...

CIK PANADOL : Caaaaaaaaaait!
anak2 mak yg tido atas katil..mak tido dalam blk air lah! X der bunyik kan..kan..kan...
miahaha

misza said...

thx 4d info. biasa keje kat pwtc, tapi tak penah check in pun. hehehe...

JMR said...

wah..mmg berjalan sakan la ritu ek;-)

Leyha said...

harga memang murah la. ngam tu. nak jalan2 senang~ ngeee :D

anak dan mak sama2 berposing. sweet ! :D

Hairil Rizal said...

Mak, tumpang bertanya...mak punya 'gajah itam' tu model apa ya?

Lagenda said...

@misza
No prob dear. Apa yg mak tau, kita share la sama2.

Lagenda said...

@J.M.R
Aritu mmg sakan sungguh JMR

Lagenda said...

@LehaMY
A'a..bg mak murah dah tu.

Hiks..blushing!

Lagenda said...

@Hairil Rizal
Gajah itam tu Canon 1000D je. Nak beli yang mahal2 tak mampu!

ozzy said...

salam ..

Bagi yg tinggal di KL mungkin x nak menginap di sini kecuali dpt percuma hehe..tapi bagi org luar mungkin ia salah satu pilihan yg baik.

Lagenda said...

OZZY : Salam jugak

Ye la..duduk dalam KL jugak kan. Tak kan nak duduk kat hotel. Blik umah lg save

Info uni tk org2 yg dtg menerima rawatan kat hops yg dekat2 situ dan kaum keluarga yg datang bermalam

eLLy said...

Mak next time stay at my Hotel ..
dah dekat dah tu ;p

Untuk keterangan lanjut sila email ye .. hehhehe

Lagenda said...

ELLY : Elly ada hotel gak ke?? Atau elly means umah elly ni?

Nanti kalo mak free, kita burak2 yek.

Anonymous said...

huhuu..bestnye..nape si adik xmau makan..ishh sy besar dia melantak abis kat hotel cm tu..hihii terbukak jap rahsia bsr..haha

Sumandak Kinabalu said...

Posing sakan nampaknya...hehehe

Lagenda said...

MISYA : Adik ni memang kurang makan sket misya.

miahaha. pecah rahsia dah!

Lagenda said...

SU : Hihihi..sket2 je su oii

Followers