Tuesday, August 31

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN ANAK DARA MAK

MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!
SALAM KEMERDEKAAN YANG KE 53

Yeah..sambutan hari kemerdekaan kita ke 53 tahun ari ni. Mak sekeluarga tak ada le nak menebeng mana2 pot untuk lepak menyambut ambang kemerdaan ke hapa. Nak tengok konsert kat mana2, rentikan lah. Tak koser mak! Dok menepek kat umah, tengok tv sonangbaitu! Dari jaman mak bujang2 dulu lagik, walaupun dok tengah kolumpo nun, sungguh tak koser nak bersesak2 kat tengah ramai orang nun. Bila dah beranak pinak ni, laaaagi lah kan! Bukan bermakna mak tak patriotik..cuma terpikirkah kita, hadir konsert, tgk perarakan di tgh panas terik tu consider patriotik sgt ke? 

Monday, August 30

SERVIS KETA

Salam kwn2. Macamana persiapan raya korang semua. Baju dah beli? kuih muih dah siap? Langsai dah settle? Sarung kusyen dah tukau? Halaman dah bersih? Zakat dah bayar? Hiks..tu semua aktiviti dan checklist kita untuk menyambut Aidilfitrikan? Time2 cenggini,mmg tengah sibuk tahap gaban lah kan..Apapun, korang jangan lupa 1 benda nih haa...mak cuma nak ingatkan je!

Benda ni adalah salah satu rutin mak sebelum berpuasa sebenarnya..Selain dari sopin tu, kena gak buat benda macam ni sebelum puasa sebab..mak kan rakus..kurang penyabar..bila buat benda2 cenggini time2 puasa, harus mak berkicau kang kat sini. Sebelum tu, meh kita skodeng anak mak buat apa jap sementara mak settlekan hal mak.

Sunday, August 29

BERBUKA DI LUAR

Cak!! Ari tu kan, mak teringin la plak nak pi berbuka kat luar nun dengan family. Dah buhsan dah asyik makan masakan sendiri je kan..Sesekali nak gak makan kat luar. Mudahkan cara, tanya je si cerewet tu mana mau makan. Sebab, tekak dia yang susah sangat nak makan ini itu. Kami2 nih semua, bedal je apa yang ada depan mata. Hiks..


Macam biasa la gak..bila tengok je mak mengelek majalah untuk dibaca sambil2 menunggu waktu berbuka tu, apa laagi...merengek2 la nakkan buku ke, magazine ke..janji boleh baca. Budak2 ni macam lapar baca buku dari lapar nak berbuka! Kebetulan plak ada 1 statationery yang dekat dengan restoran tu. Leh la lari jap beli apa yang depa nak. Aihh..

Saturday, August 28

TEMPAHAN MANIK : NIGINA

Raya dah nak dekat. Tanggungjawap mak pada tempahan manik kawan2 harus mak selesaikan sebelum cuti sekolah ni. Jadi, semua personal thing, kena tolak tepi dulu. Lgpun, sepertimana janji mak, mak akan siapkan manik2 ni selepas mak exam kan. So, here we go..siapkan tempahan kawan!

Friday, August 27

SIAPA NAK..DUIT RAYA @ KAD RAYA?

Huh!! Semalam entry meroyan, tak kan la ari ni pun still nak meroyan gak kan? Ari ni mak nak hepi2 sebab..mak cuti!! Ngeh3x. Ari2 kuar entry meroyan kat sini, sohih le 2-3 minggu lagi mak pi register kat Hospital Bahagia. Hak3x. Tu baru betul2 mak 'bahagia' kang...

Thehehe...ni..mak kayo..mak kayo..Sape nak duit raya, sila hangkat kaki!! Mak tahu korang semua nak duit raya kan? Sebab tu rajin gi sini sana nak kutip raya tul tak? Muahahaa. Tak payah la susah2. Meh la sini. Mak nak bagi duit raya nih..Sorang seratuih ni cukup tak?

Thursday, August 26

ENTRY HANGGIN

Sori..sebelum apa2, im so sorry. Entry ni memang entry hanggin yang hanggit. Im not happy. Mak hanggin dengan sesetengah pekara lately ni. Mak dah cuba handle everthing benda2 ni secara cool & positif but kalau dah bertimpa2 sangat menyesakkan kepala, harus mak letupkan..

Betul kata padin.."JANGAN BAGI AKU HANGGIN, KALAU AKU HANGGIN, AKU MAIN LAYANG2'. Tapi mak plak tak main layang..mak rasa mcm nak cabut bulu ayam lagikkkk!!!! Apa yang buatkan mak hanggin nih hah? Sape2 nak dengor baca mak meroyan, meh la sambung baca!


Wednesday, August 25

KALAU PUASA, KENA JAGA SEMUA!

Hye geng..puasa tak ari nih? Puasa ni bukan takat kena tahan lapar dahaga je kan? Semua2 kita kena jaga kan..jaga mata, jaga telinga, jaga mulut betul tak? Dalam dok menunggu2 time nak berbuka puasa ari tu, mak jenjalan la dengan anak2 jap. Penat berjalan, lepak la jap kat kerusi rehat tu. Tetiba anak mak tanya mak sambil menunjukkan sesuatu...





Tuesday, August 24

PERFORMANCE PUASA ANAK2 MAK

Ari ni dah berapa ramadhan hah? Kadang2 sampai terlost count dah mak nih. Keh3x..Sowi arr..dah tua kan. Ada masa terilang ingatan jap...kalau dikira2 dengan jari mak nih, dah masuk separuh perjalanan kita berpuasa kan. Pejam celik, pejam celik, dah dekat nak raya. Kali ni, sebagai seorang ibu, mak nak story mory tentang puasa anak2 mak plak. Seronok sebenarnya melihat anak2 kita membesar dan belajar sesuatu.

1 yang bagusnya anak2 mak bila berpuasa, depa tak de la merenggek2 nak berbuka. Mungkin sebab dari awai2 dulu lagik, mak dah kluarkan amaran tsunami. 'Sape2 yang tak nak berpuasa, saje2 nak bukak puasa, g bukak puasa dengan air jamban dulu' So, mungkin kerana itu, anak2 mak tarak berani punya..Pastu, masa mak p sopin barang2 dapur itu ari, mak tak der de nak beli jajan2 ke, biskut2 ke, air ini itu. Itu semua akan mengundang ketidakpuasaan anak2 mak! Dah lama jadik mak orang ni, akai mau panjang la sket. Kang, dek kerana tengokkan benda2 dalam freeze tu, melepek menebang berkicau2 kat telinga mak nak monteng puasa. Huh..tak koser aku nyah..




Monday, August 23

PET & ANAK2 MAK

Ari tu anak2 mak p skodeng kamben kan? Macam2 komen mak terima dari korang semua. Kunun2 soh mak belikan pet la..depa nak jadi penternak berjaya lah..kan? Ni..sebenarnya, walaupun anak2 mak jantan2 macho, but dalam ati anak2 mak tu ada taman koo!

Sunday, August 22

ELLEN'S 1ST GA!!

Create your own banner at mybannermaker.com!

Hye geng!! Sihat tak ari ni? Ari ni punya n3, mak nak masuk GA yang disediakan oleh seorang kawan blogger mak lah. Nama manjanya ellen gitu. Tanda memberi sokongan sesama kawan2 kan, apa salahnya mak join..Mak pun  nak ajak korang join sama..moh le!!

Saturday, August 21

TEMPAHAN MANIC- MEKARMU TERATAI

Salam geng! Pejam celik, dah dekat nak raya kita nih kan? Baju tempahan kawan2 mak ada 2-3 pasang lagi yang nak kena siapkan nih. Slow2 la mak buat. Sekarang ni, mak betui2 kena pandai manage my time. Kerja, study, umahtangga..haaaaih! Tambahan plak bulan2 puasa cenggini...macam2 hal nak kena mak buat. Nampak? Mak dah pegang kapla daaah..

Friday, August 20

BESDAY PRESENT & SKILL IKATAN MAK




Hye kwn2..ari tu mak ada ckp yang mak beli present untuk ketiga - tiga sekali untuk anak mak walaupun sebenarnya besday along je kan? Ni hah hadiah untuk anak2 mak..Walaupun korang rasa anak2 mak ni bertuah la dengan cara mak cenggitu kan..like mewah2kan depa dengan cara yang liKe that tp jgn tertipu! Sbnrnya, setiap tindakan mak tu ada kira2nya..kehkehkeh. 


Beli hadiah untuk besday nih complete sekali pakej untuk kasut raya daaa..sbb tu pasal, adik2nya pun dapat sama! Tak payah le beli kasut hadiah untuk besday lain, kasut nak pakai time raya lain plak..manyak duit mak pak korang ye?? Tapi, pas mak beli, mak ada 1 aktiviti yang mak share dengan anak2 mak. Tercengang2 anak mak tengok skill mak wooo..nak tau apa? Layaannnn..


Thursday, August 19

PAIN KILLER VS UBAT GILA

Menjak dua menjak dah tua2 nih kan, macam2 penyakit nak cuba ngorat mak nih. Haaiiih..Korang macamana? Ari tu mak menyinggah le kat farmasi, nak beli ubat sebenarnya..Tanya ni, tanya tu, alih2 mak dapat tahu sesuatu. Ada ke patut, daripada yang dimaklumkan oleh cik farmasi, selama nih mak tak sihat tu..


Wednesday, August 18

18 OGOS..SUPRISE!!

Today 18 Ogos kan geng? Hiks...mak hapi sanggat2 today sebab ari ni 18hb. Jangan la korang tertanya sebab pe mak hepi ari ni 18hb. Mak kan penuh dengan tanda tanya dan mistery sepertimana kata2 2-3 orang yang pernah singgah kat umah pepel mak nih. Apapun, dek kerana 18 Ogos ni lah, mak ada suprise untuk diri mak sendirik? Erk..leh ke cenggitu?? Miahahaaa..sukatik mak ler. Jangan marah no..nak tahu apa yang suprisenya..sini!


Tuesday, August 17

SIANG MACHO, BILA MLM..?

Korang rasa anak sulong mak nih macho x? Ensem? Smart? Hiks..

So, n3 ni akan membongkar kisah disebalik anak sulong mak nih. Ada 1 malam tu kan, sebelum mak masuk tido, mak p la bilik depa nih..skodeng tgk2 anak mak nih..kot2 le kekah dek nyamuk ke..bully dek pijat ke..tido x berapa nak lena ke. Sekali, bila mak swith on da lamp, APAKAH???



Monday, August 16

SIBUK SAMPAI TAK SEMPAT BERBUKA..ALTENATIFNYA?


Salam kwn2. Sihat ari nih? Moga seronok dan bahagia menjalani ibadah puasa ni. Macamana cara masing2 berbuka smlm? Smlm, masa mak dok menunggu waktu2 berbuka tu, mak terpikirkan korang yang kerjanya sibuk memanjang. Sampaikan nak makan untuk berbuka pun tak sempat..Tak pun, time azan nak berbuka tu, korang masih lg dalam perjalanan balik ke umah masing2. Tetiba plak rasa untungnya mak  bila duduk kat cerok kampung ni leh berbuka sesama sesi keluarga.

Tp tak pe..dek kerana sayangnya mak kat korang2 yang duduk kat bandar metropolitan tu ( Hiks...ayat skima mak kluar dah!! ) mak ada jumpa info sket ni untuk memudahkan korang berbuka puasa dengan aman, murah, halal ( WAJIB le kan ) mudah dan Isk..segalalah! Cuma, tang makan tak bersama keluarga ataupun insan tersayang ajelah kekurangannya. Tang tu, tak dapek le teman nak menolongnye.

Sunday, August 15

MANIC SEQUIN PIRAMID

Mak ni sebenornya, dah tak cukup tgn dah nak buat mcm hal2 dalam 1 masa! Kerja opis bertimbun2..study mak lg..apa korang hengat exam mak dah watamat? Tak de maknanya..ada 1 lg paper next week woo. Gini la gayanya mak nih. Ni plak, tempahan baju kawan2 yang nak soh mak tepekkan manic kat baju diorang! Semua nak cepat..ada datelinenya..Adusss..sape leh tulun mak?




Saturday, August 14

SEJUK PEYUT MAK DAPAT ANAK CENGGINI..

Cantik x lipatan baju2 nih? hiks..

Ni semua, baju si kenit Meisya. Disiapkan untuk dibawak ke umah pengasuhnya nnt. Pesen mak, mak akan siap2kan keperluan baju untuk 1minggu anak2 kat umah pengasuh tu. Senang..pengasuh  mak pun okey je. Dia basuh baju2 anak2 mak. Bila dah abis baju siang untuk di pakai, dia akan pulangkan pada mak baju2 yang lama plak. Maksudnya, mak x payah le bwk baju untuk di pakai setiap ari. Ok..skrg, bila dah korang set2 baju2 nih, ce teka sape yang buat semua tu...

Friday, August 13

JAKUN KAT KAMBEN ?

Huhuhu...Korang mesti nak tahu & nak tanya mak mcmana dinner berbuka smlm dengan Nuffnang team tu kan? Sebenarnya, dimaklumkan mak dengan sedih hatinya tak dapat menghadirkan diri ke majlis tersebut. Di atas sebab2 yang tak dapat dielakkan, mak pun redha la tak gi. Pada sesiapa yang tahu sebab pe mak tak leh leh gi, tahu la. Pada yang tak tahu, gini je la sifirnya..bukan semua yang kita rancang, ia akan terlaksana. Bukan semua yang kita mahu, kita akan dapat. Redha dan mungkin ada rezeki mak lain kali..kan?
Okes..kita leave it citer sedey tu..meh nak nak citer pangai anak2 mak nih. Mcm2 sungguh pangai depa. Mcm2 benda yang buleh menarik minat depa. Mungkin kerana umo yang cenggini maka semua benda depa nak explore. So..mak biarkan..mak monitor dari jauh je.

Thursday, August 12

CALEBRATION FOR BESDAY ALONG

Salam geng..ari ni dah 2 ramadhan kan? Smlm, mak baru je memulakan kerja setelah lama bercuti untuk mengadap exam. Betullah org kata, berpuasa itu menduga kita. Macam2 hal berlaku yang membuatkan mak stress but seb bek puasa..sabooo. K lah..meh mak citer pasal sambutan besday along. Walaupun dah basi citer nih but mak nak citer jugak!! *__*

Ari tu, mak ni, kata je x nak kluar umah sbb nak baca bukukan...tp x smpi ati la plak nak buat dherk je besday si along. So, jom la kita kluar celebrate besday ko long..Mana ko nak g, apa ko nak makan, mak layan je lah. Dia request nak makan kat Jonny..Nak mkn steamboat katanya..okey jom kita g!

Wednesday, August 11

NI JE HOTEL YANG HALAL UNTUK BERBUKA?

Salam geng..Alhamdulillah ari ni 1st day kita berpuasa kan? Macamana dengan anak2 korang..alhamdulillah again, anak2 mak semua dari umur 4-5 tahun lagi dah mula berpuasa. Bukan jenis yang belajar puasa 1/2 day tu tau..anak2 mak nih x leh frasa 1/2 day puasa! Motip..nnt, the next day kalau kita mintak dia tunggu waktu magrib untuk berbuka, depa akan return question to mak ~ Apsal puasa semalam, time tengahari dah buleh berbuka, kenapa ari ni plak nak berbuka kena tunggu ari gelap plak? Daripada mak pening nak melayan soklan2 yang makin memeningkan kapla mak, huh, puasa ajelah penuh! Dalam belajar puasa 1st time  tu pun, diorang leh puasa pebuh 30 ari sebulan tau!

Untuk mengrewardkan anak2 mak ni berpuasa, mak bagi le 2 hengget seorang untuk beli apa2 juadah yang tekak diorang teringin nak makan ari tu. Just 2 hengget..tak cukup ke, nak beli kuih lain plak ke, apa2 aje ke, esok masih ada! Masa kecik2 macam ni, kita kena la ajar, bulan puasa bukan bulan untuk berjamu selera membesarkan peyut, bukan bulan untuk membazir melambak2, bukan bulan untuk semua tu. Cuma sesekali 2, mak layan la anak2 nih berbuka puasa kat hotel2 yang mak mampu. But, terpanjat cipan mak bila baru2 nih mak terbaca statement JAKIM yang kata HANYA 32 hotel je yang ada sijil halal?? Apakah selama nih hotel yang kita makan untuk berbuka tu halal?? So, dr situ mak terpanggil untuk share list yang dah sah2 kehalalannya..maknanya, hotel nih ajelah yang buleh kita terjah nnt..

Tuesday, August 10

MISTERI KEHILANGAN TART KU


Ni nak citer 1 mistery!! kehilangan egg tart dan buluberi tart mak. Lately nih, mak manyak layan gilos nih eggtart dengan buluberi chessnut nih. Kalau  sekali mak beli, mak sambar 3-4 bj sekali harung.



SELAMAT DATANG RAMADAN AL MUBARAK-JADUAL BERBUKA & IMSAK SELERUH MALAYSIA

Salam kawan2..Ari ni tgk anak bulan kan? Dan kemungkinan beso esok dah mula semua umat islam akan mula menyambut ramadan al mubarak..  





Jadi, jika 1 Ramadan akan bermula esok..Persiapan untuk menyiapkan diri menyambut ramadan kali ni mcmana? Sbg mak pak kepada anak2, inilah peluang yang kita ada untuk melatih anak2 kita mengenal salah satu lagi rukun yang terkandung dalam rukun islam. Tahun ni, mak juga amik kesempatan ini untuk melatih si Meisya yang kenit tu untuk berpuasa! Walaupun baru 5 tahun, but abang2nya lagi terrer mengenal puasa pda umur 4-5 tahun, so, x de masalah untuk dia plak merasa bagaimana puasa itu..korang plak mcmana?

Dikesempatan ini juga, kepada semua umat islam yang akan menyambut ramadan al mubarak ini esok, mak ingin mengucapkan selamat berpuasa dan kita semua akan mendapat hidayah dan keberkatan yang kita cari! Pada yang tercari2 JADUAL BERBUKA & IMSAK SELURUH MALAYSIA, mak dah sediakan untuk kemudahan korang. 


Monday, August 9

JEMPUTAN YANG MAK SUKA BANGAT!!

Yeeehaa!! Mak suka bangat2 coz mak check email pg ni n mak got something yang mak harap2kan dari pakcik yang scandal dengan mak tu..Yeeah! Yeaah..dan yeaah lagi..Ce teka mak dpt apa?? Heee..korang ada dpt x?

NOTIS!




9hb & 10 Hb Ogos 2010.
Mak sedang gigih menjawap peperiksaan
Gigil kaki lutut semua bagai tgh pecah paler.
So, sape yang skodeng mak kat sini, siap korang!!
Im warning u..
mak akan cari korang nnt..
1 by 1
pstt..wish me luck!

1 More thing...Huaaaa...Tenet umah mcm mcm cipan!
When tenet tu dah kembali ke asal, i will byr utang korang semua yek!
So, jgn malas2 jaga umah mak ni tau sementara mak g memecahkan kapla mak jap..daaaaa!!!

Sunday, August 8

HAPI BESDAY TO..

11 tahun telah berlalu..beso gajah dah anak mak yang sorang ni. Mcm yang mak telah bgtahu ari tu, start bulan mei, kami sekeluarga akan celebrate bufday setiap bulan! So..mkn cake ajelah setiap bulan..

Dan 2day is along bufday!! 8hb Ogos 1999 tarikh lahirnya. Syian dier..bufdaynya ari ni but mak x sempat nak plan apa2 untuknya. Mak bizi study nak exam anak oii. Pas exam, terus plak pose. So, Insyaallah, nnt kita p calebrate beso besoran kat mana2 ye along.

Di setiap ari besday, mak selalu rewind balik apa yg berlaku pada tarikh tersebut..Mcm ari ni..8 Ogos 1999. Mak still hengat 11 tahun yang lalu..

Saturday, August 7

AKTIVITI SAVE BAJET


Boring ar asyik2 g tgk wayang, sopin dan jln2 kat sopin komplek je kan..?

Kali ni, kita jln2 kat tempat lain dr biasa plak...Kat mana? Heee...tmpat yang x perlu keluarkan duit!

Friday, August 6

JLN2 CARI PSL - MAK TERLAJAK RAJIN

Sebelum pose bakal menjelma minggu depan, betterlah mak kluarkan n3 makan2 ari ni..

Kang, ade plak yang kata, umah mak ni asyik citer psl makaaaaaan je. Mcmlah x de citer lain..jangan arr marah mak. Mak mmg pecinta makanan so, x pe ar kan? Oleh sbb mak memikirkan minggu depan pose la, nak kluarkan cepat2 n3 lauk pauk nih.

Thursday, August 5

MANIC LIKE BANGLE

Nah..cuci mata dgn kretibiti mak yg terlatest.

X koser nak citer manyak sbb sibuk nak study plak pas nih

BERIADAH D SOPIN KOMPLEKS

Ce teka kat mana nih?

Smbungan n3 smlm, sbnrnya mak g KL. Agenda sblm bulan pose is sopin apa yang patut untuk persiapan ari raya. Mak suker beli barang2 untuk raya sblm pose. Motip mak buat cenggini is :

* Klu pose, anak2 penat pose..sian kat diorang nak heret jalan sini sana
* Klu beli tanpa anak2, mcmana nak tanya pilihan ati diorang plak kan?
* Last minute punya persiapan plak x besh..nnt saiz n pilihan dah x de!
* Time pose tu nnt, ramai giler org..klu ilang anak nnt mcmana?

So, kebetulan M'sia ada big sale skrg kan, meh le kita beriadah sama2 d sopin kompleks..Yeaaaaaaaaahaaa..

Wednesday, August 4

BAJET HEBAT!!

Ari weken ari tu, mak ada agenda sulit..kihkihkih..

Kwn2 mak semua tertanya2 mana mak menghilang kan..Err..sebenarnya, mak ada hal sket dengan keluarga. Mula plan nak bwk anak2 p main2 air..last minute, mak tuko plan! Sebelum pose menjelma, mmg inilah aktiviti yang mak kena buat. So..kemana? tunggu..nnt next n3 mak citer. Mak nak citer idea si angah ni semasa dlm keta dlm perjalanan tu..mak pun siyes terperanjat cipan sbb, x sangka angah ni leh terpikir apa yg kita org tua ni x pikir..


Tuesday, August 3

TEKANAN MULA DIRASAI

Huk..huk..huk..mak mula rasa tertekan!! Mimpi ngeri mak telah bermula..Ari demi ari mak dok kira dgn jari ari ni ari apa..sok ari apa..tinggal lg berapa ari..Time mlm, tido dah x berapa nak lena..kepala dok memikir mcm2 hal! Ko x tengok muka punya la siyes badak tenungkan sesuatu ni..

Kebanyakkan org x sabar nk tunggu ari jumaat kan? Ye lah..jumaat is a last day utk bekerja. Dah nak menempuh weekend yang sangat rileks. Tp mak plak, sangat2 takut nak menempuh Jumaat nih. Klu leh, mak x nak ada ari jumaat nih!! X nak ada minggu baru..err..buleh x mak hentikan jam tu dr bergerak?

Monday, August 2

MONDAY BLUES YG X BLUES!


Biasanya selalu org kata, bila dtg je minggu baru, lebih tepat ari senin, semua mcm maleh je kan...? Dlm ati masing2 kata ' adehhh...malehnya la aku nak p kerja!!". Mak pun ada gak rasa mcm tu tp x le selalu..mak yang dah anak 3 nih, x der masa nak rasa feeling2 cenggitu! celik je mata, gegak gempita la umah..so, dimana ruang nak rasa monday blues tu..




MAK FOBIA DGN...

Hi korang..Mak nak share 1 kisah fobia mak dgn korang ni..Kan kita ni orang melayu..kaya dengan adap sopan yang tinggi. So, kan x manis klu kita buat sesuatu yang x molek dimata umum? Betul x..then kerana sikap seseorang inilah, membuatkan mak fobia sehingga skrg.. Pstt!! Meh la dekat sket..mak nak ngumpat nih..ini pengalaman sebenar mak tau x!




Sunday, August 1

JLN2 CARI PSL - SALAH 1 MAKANAN ORG PHG

Sape tahu apa nama makanan nih? Ini antara peberet food mak..makin berselera makan klu time2 pose, masak lauk nih. Humangai...leleh mak cakap lu!! Klu orang pahang, perak, N.sembilan, arif benor la apa bendanya makanan nih kan? Nama makanan nih, acually, lauk ni namanya sambal tumis tempoyak.



Followers