Tuesday, August 31

Home » » SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN ANAK DARA MAK

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN ANAK DARA MAK

MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!
SALAM KEMERDEKAAN YANG KE 53

Yeah..sambutan hari kemerdekaan kita ke 53 tahun ari ni. Mak sekeluarga tak ada le nak menebeng mana2 pot untuk lepak menyambut ambang kemerdaan ke hapa. Nak tengok konsert kat mana2, rentikan lah. Tak koser mak! Dok menepek kat umah, tengok tv sonangbaitu! Dari jaman mak bujang2 dulu lagik, walaupun dok tengah kolumpo nun, sungguh tak koser nak bersesak2 kat tengah ramai orang nun. Bila dah beranak pinak ni, laaaagi lah kan! Bukan bermakna mak tak patriotik..cuma terpikirkah kita, hadir konsert, tgk perarakan di tgh panas terik tu consider patriotik sgt ke? 
Oleh kerana ari ni cuti umum seluruh Malaysia, sekolah anak2 mak buat sambutan hari kemerdekaan tu pada ari semalam. So, anak sulong mak dengan si kenit ni join ler program tu. Si along tu jangan cakap le. Dah memang jiwanya suka pada benda2 soft talented ni. Dia menyumbangkan suara yang sedia sumbang dengan lagu2 patriotik. Sowi arr..tang tu mak tak sempat nak skodeng! Mujur gak dia tak muncung. Tang anak dara kecik mak nih je mak sempat klik2 cam repoter. Ngeh3x. Tu..tangah sakan henjut menari. Mak tengok pun rasa penat koo. Kena henjut2. Pastu plak mulut kecik dia terkumat kamit dok kira step.

Lastly punya part, dia dan seorang lagik girl yang kena amik jambangan bunga tu. Tak sangka..sekecik2 dia, now mak leh tengok dia menari2 lagu traditional atas pentas. Masih ternampak2 lagi bagaimana keciknya dia dalam incubator. Tangan kaki abis semua lebam kena amik darah..Sekarang?? Hiss..besor dah ko anak! Tapi kan, besor2 dia pun, still paling terkecik atas pentas tu berbanding penari2 lain. Tengok ajelah lengan baju tu! Punya la besor gedabak dilipatnya..Sooo cute tengok dia menari. Dia siap leh sengih2 jeling kat mak bila dia nampak mak datang terkedek2. Hiks..

Dulu2, sebelum mak study, mak tak tahu apa motip kanak2 kecik ni diajar menari dan mewarna. Bagi mak, semua tu just bakat yang tiada kelebihan dalam pelajaran pun! Rupanya, mak silap besar wei.. Dengan tarian ni sebenarnya, selain dari mengembangkan bakat diri anak2 kita, ia juga menyumbang kepada koordinasi otot anak2 serta koordinasi semua anggota tubuh. Kan waktu menari tu semua kaki bergerak serentak, minda sedang mengingat step dan mata melihat semua pandangan? 

Dulu, mak anggap mewarna dan melukis ni like buang masa je. Bila cikgu dh tak ada aktivii lain, hah..mewarna ajelah kerja depa. Tapi rupanya tidak..!! Dengan melukis dan mewarna tu plak akan meningkatkan semua deria sentuhan dan otot halus yang terdapat di hujung jari anak2 kita tau! See.. sebenarnya semua program, aktiviti dan pelajaran disekolah tu dah diselidik, dan dikaji keberkesaannya tau. Sama la gak dengan pendidikan Jasmani yang kita pandang sebelah mata tu. Banyak kelebihannya. Jangan lah kita mak pak ni halang aktiviti2 yang cenggini..mmg ada mak pak yang tak setuju aktiviti like this sebab bagi diorang like maksiat la semua tu. Phelis la pikir secara terbuka..jangan la terkongkong sangat. Kebaikan tu kita tak nampak macam depan mata like anak2 kenal ABC syg oii! Tak ada sentuhan pun..tak ada peluk2 pun. Apa la salahnya kan?

Lastly mak sekeluarga mengucapkan..salam Merdeka & Salam 1 Malaysia untuk semua. Tak mo gaduh2, tak mo rasis2. Walaupun my mum is cina muslim, walaupun my cousin kaum cina, walaupun my untie & uncle still beragama budha but itu tak mewajibkan mak untuk berkawan dengan kaum2 lain. Kita sebagai rakyat Malaysia ni lah kena amik langkah untuk mengeratkan perpaduan sesama kita. Mak sendiri mempunyai ramai kawan dan kenalan yang bukan muslim serta mak juga tiada halangan jika anak2 mak berkawan baik dengan bukan muslim.Mereka tetap manusia biasa cuma, kita sebagai manusia beragama islam ni kna la jaga batas2 agama. That all..Daaa


7 Nak Cakap Jugak??:

Melati Qistyna's Mummy said...

selamat hr merdeka tuk mak n famili :)

Lagenda said...

Thanks qis! Selamat hari merdeka 2 u 2

Zaer!! said...

Wahhhhh!! anak mak kemain lagi..hehehe..Betul2 semangat ayang mak ni..hehe..;-)MERDEKA!!

Kay Huliana said...

Selamat hari merdeka mak... janguk norr si meisya mak nih...

Lagenda said...

@Zaer!! Semangat ari merdeka! Ahaha..

Lagenda said...

@Kay Huliana Selamat Ari Merdeka 2 u 2. Biasa2 je kay!

Leyha said...

Salam merdeka tuk mak dan family~ hehehe.

Followers