Friday, August 27

Home » » SIAPA NAK..DUIT RAYA @ KAD RAYA?

SIAPA NAK..DUIT RAYA @ KAD RAYA?

Huh!! Semalam entry meroyan, tak kan la ari ni pun still nak meroyan gak kan? Ari ni mak nak hepi2 sebab..mak cuti!! Ngeh3x. Ari2 kuar entry meroyan kat sini, sohih le 2-3 minggu lagi mak pi register kat Hospital Bahagia. Hak3x. Tu baru betul2 mak 'bahagia' kang...

Thehehe...ni..mak kayo..mak kayo..Sape nak duit raya, sila hangkat kaki!! Mak tahu korang semua nak duit raya kan? Sebab tu rajin gi sini sana nak kutip raya tul tak? Muahahaa. Tak payah la susah2. Meh la sini. Mak nak bagi duit raya nih..Sorang seratuih ni cukup tak?


Bebenornya ni bukan duit raya ye..Inilah refomasi kad raya yang makin cantik, cute dan pelbagai di jaman sekarang ni. Jaman makin maju canggih cenggini, masih ada orang yang hantar kad raya lagi ke kat kawan2 hah? Kalau untuk company ke, orang2 profesional yang mempunyai rangkaian profesiaonal, mungkin le masih hantar kad raya. But, mak tak rasa orang2 biasa cam mak nih still nak beli kad raya. Susah la kita nak jumpa umah2 orang yang gantung kad2 raya macam dulu2 kan? Siap wat mcm ampaian untuk sidaikan kad2 raya tu semua. Tak pun, nak lebih gempak dari umah jiran2, pi redah semua semak cari la pokok kecik yang dah mati. Nak gantungkan kad2 tu!! 

Erm..itu cerita dulu..sekarang ni, main sms je mudah..Tak pun, sent thru email je kan? Jimat, mudah, semua lah..Dah tak de la untuk ayahanda, bonda yang jauh dimata...kihkihkih! Anak2 mak ni semua pun tak pandang kad2 raya nih. Bila mak offer kat depa soh beli card2 raya yang cute cenggini, buleh depa tanya mak, 'Nak buat apa bu?" Itu kisah anak jaman sekarang...klu kita plak yang dah makin kertu ni, apa pilihan korang..sms yang bertahan sekejap tu atau kad raya yang penuh nolstagia?


14 Nak Cakap Jugak??:

Sharinginfoz said...

tak kira nak duit juga

Lagenda said...

@Sharinginfoz K'jaa dah bg RM 500 kan? Duit raya lah tu..

Ogy said...

mak dah tak sabar nk raya ke? hehe...omei2 sampul raya alaf baru ni..tp nnti bg kat bebudak derang buang je sampul tu..balut dgn kertas surat khabar leh tak? kreatif pe...hehe

Lagenda said...

@Ogy Mak x de ati nak raya pun Ogy..And, tu bkn sampul raya syg..tu card raya!

qistynacorner said...

weee... mak nk 1 kad raya :P

pssstt : bestnyer mak dpt 500hengget kannn, ngeeee

Lagenda said...

@qistynacorner Alhamdulillah rezeki anak2.

Unknown said...

hehe..comey nye kad-kad tuh

Lagenda said...

@Cik Jari Tu lah..comei kan?

mizzura said...

comel la duit2 tu....

RedBoys said...

red lebih suka kad raya coz ianya akn meninggalkan nostalgia dan boleh simpan selamanya..

mak, nak kad raya n duit raya boleh? red dtg beraya ni.. hehe

Lagenda said...

@mizzura Tu bkn duit! Tu card raya syg..

Lagenda said...

@RedBoys Wah..olshcoll gak red ni ya?

Nak duit raya ke dah tua2 ni...Ahaks!

pch said...

teringat zaman dlu2...duit raya 20sen je..

ummi iman said...

wah..takde org bagi mi kada raya..mak kita pos kad raya untuk diri sendiri la jom..hahhaks...

Followers