Wednesday, September 22

Home » » SYAFIAH HUMAIRAH : HUKUMAN YANG SETIMPAL UNTUK PEMBUNUHMU!

SYAFIAH HUMAIRAH : HUKUMAN YANG SETIMPAL UNTUK PEMBUNUHMU!

Ingat tak muka jahat nih? kenal tak siapa dia?? 

Korang semua masih ingat lagi tak kes seorang kanak kanak perempuan yang bernama Syafiyah Humaira Sahari berusia 3 tahun disepak dan dera sehingga mati oleh pemandu teksi?
Kalau korang tak ingat, mari mak refreshkan balik serba ringkas latar belakang kisah sedih ini. Mak budak yang malang ni bersekedudukan dengan lelaki yang betul2 macam &^%$ ni sehingga mengandung. Bapak Syafiah ni merengkok dalam penjaga dah dekat 2 tahun tapi maknya sedang mengandung beberapa bulan ( mak tak sure berapa bulan. Tak betul kang jatuh hukum mak fitnah plak kan? ) Ingat tak?

Lagi..Kanak kanak malang tersebut didera, disepak, diterajang dihadapan orang ramai. Disuruh amik bola, di sepak dan dipijak diperutnya ketika kanak kanak tersebut berada di padang bola Ulu Yam. Ingat? Tu..mak sertakan wajah anak yang sangat malang mempunyai mak bapak yang begitu kejam! Mak betul betul bersyukur kerana arini, Mahkamah TInggi Shah Alam telah menjatuhkan hukuman GANTUNG SAMPAI MATI kepada si &^% ni dihari lahirnya sendiri! Alhamdulillah hadiah yang TERbaik untuk manusia macam dia.

Memang tak sepatutnya manusia ini menghirup udara dimuka bumi ni. Tak berperikemanusiaan, tak de hati perut. Mak tak nak kata perangai macam binatang sebab, bagi mak ari ini, binatang lebih mulia sifatnya dari manusia. Jangan samakan perangai binatang yang mulia tu dengan sifat manusia yang satu nih..jauh panggang dari api. 

Maaf juga mak ucapkan pada kaum keluarga si &^% itu kerana mak terlebih emosi. Kerana 'mak' adalah seorang maklah yang membuatkan hati mak meronta dan merintih pabila membaca kisah sedih Syafiah Humairah ini.  Tak terbayang bagaimana sakitnya, azabnya tubuh kecilnya untuk menanggung semua penderitaan tersebut. Tak kira la lelaki ini seorang abang, anak lelaki, sepupu sepapat dalam keluargamu, namun cubalah korang letakkan diri korang ditempat Syafiah Humairah tu. Sakit tak? Mampu tak korang tanggung..setuju ke korang dengan tindakan si &^% ni?

Maaf lagi sekali kepada keluarga si ibu. Walaupun sebelum ini mak terbaca kisah keluargamu yang dipulaukan, kenduri arwah yang korang buat tidak dihadiri penduduk setempat, mak tak ada secubit pun rasa simpati pada keluargamu. Jahatkah mak..bagi mak, itu adalah wajar. Itu adalah 'penghargaan' yang diberikan kepada keluargamu. Dimana datuk dan nenek anak malang ini sebelum kejadian kejam berlaku? Tak kan pejam je mata tengok ibu si Syafiah Humairah ini mengandung tetiba sedangkan bapanya duduk dalam penjara??

AL Fatihah untukmu wahai anak yang baik. Tenang dan berbahagialah kamu di Syurga dengan anak anak yang lain. Kau akan lebih bahagia di sana berbanding menanggung siksa dan mengharungi dunia yang sangat kejam ini~ AMIN.

35 Nak Cakap Jugak??:

Apih El Nino said...

sepatutnya pembunuh ni kena seksa dulu. macam dia seksa budak tu sebelum menghembus nafas terakhir. sorry teremo pulak :P

Lagenda said...

@apih el nino Butul..mak setuju.

Belalang hijau Perisik said...

hukuman yg setimpalnya...
tp rasa2 nya nak lagi best
buat balik benda yg mcm mana dia buat
kat budak tuh...

caliph shuriken said...

mmg ingt kes ni dulu, dak tu kna sepak mcm bola...

Lagenda said...

@belalang hijau Tapi kan, ce pikir blk,klu kita kata dia mcm &^% sbb buat mcm tu, tak kan la kita pun nak jd mcm *^$ kan?

Lagenda said...

@caliph shuriken Batul..kejam giler!!

abigemok said...

dah dijatuhkn hukuman ke? baguslah. setimpal dgn perbuatannya

Lagenda said...

@Kyuubi_85 Ye. Ari ni mahkamah dah jatuhkan hukum untuk malaon sorang nih

Hairil Rizal said...

Hutang darah dibalas darah.
Hutang mati dibalas mati.

Puas...

Lagenda said...

@Hairil Rizal Ya. Baru setimpal kan?

touya said...

semoga dia bertaubat , dan harap taubatnya diterima

e.l.i.z.@ said...

seksa dia dulu, baru dia tahu mcmana humaira rasa

Huda Engku said...

apa pun hukuman dia, asal kita amek iktibar dan tak melakukan yg sama.

Lagenda said...

@touya Ermm..kalau dia rasa dia nak bertaubat..kalau x?

Lagenda said...

@e.l.i.z.@ X leh..klu kita buat apa yg dia dah buat, MAKNANYA kita pun sama la mcm dia

Lagenda said...

@Huda Engku Betul! Mak setuju. Amik sbg pengajaran.

Unknown said...

semoga taubat terterima.

AdaNaz87 said...

oh! Mak! i still ingat lagi cerita ni. tu lah, hukum dunia dah terima. hukum akhirat belum tentu lagi. moga, ia jadi iktibar buat kita semua. amin. (:

Lagenda said...

@ akufobia Yeah..klu dia rasa dia nak bertaubat.

AngahSayang2314 said...

mak angah sependapat ngan mak ye la kita kan seorang ibu kan itu yg terlebih2 emo sikit hehehe..
apa2 terima la hukum dunia & akhirat kelak pada si &*%^$# kan????

Lagenda said...

@AngahSayang2314 A'a. Emo terlebih sudaa mak nih

yup. Terima balasan sewajarnya

Gayahspears said...

eeeeeeeeeeee... geram2...
harap2 la hukuman berat!!!
mencik toi gayah dgn org camni!!!

Sharinginfoz said...

semoga menjadi pengajaran kepada semua

Cadangan Mengenai Kad Kredit

Kay Huliana said...

mmg setimpal hukuman tok dia...
bdk x bersalah jd mangsa....
kesian disepak di dera..x der hati perut....

Lagenda said...

@GayahspearsDah kena hukum gantung dah gayah oii!!

Lagenda said...

@Sharinginfoz Betul..amik pengajaran buat kita.

Lagenda said...

@Kay Huliana Betul..kasik ckp2 lagik kat dia nih!

SURIA AMANDA said...

setiap perbuatan ada balasan...

Lagenda said...

yea..itu balasan yang sewajarnya utk dia nih!

Melati Qistyna's Mummy said...

hemmm, kite pown tgk Buletin mlm td, lepas jatuh hukuman, mak budak tuh terus menerpa kt pesalah tu, nanges2 smpi pinsan.... tahapeapentah.... org tu buat cengitu skali kat ank dia pown still syg gak kat org tuh....

Lagenda said...

@Melati Qistyna's Mummy Tu la by. Dlm paper kata siap kiss pipi le, dahi le..BENGGONG!!

Buta ke kaum keluarga tu semua hah?? Dah kawin ke depa tu, sampai leh buat mcm tu.

Nmpknya ibu syafiah ni lbh sygkan lelaki ^%# tu dari anaknya sendiri. Ye la..syafiah ni kan bkn dr benih *&% tu..

Jemanberagas said...

baru terima hukum dunia...belom kat sana lagi....jadi iktibar pada sesape yg zalim...

suzie rahman said...

hish bnci nya tgk..neraka jahanam r ko.

Lagenda said...

@gdoupt_monster71 Betul Dia dia terima semua hukumal yang setimpal atas perbuatannya!

Lagenda said...

@suzie rahman Betul! Mak pun x leh tgk muka dia! Benci gila..rasa mcm nak sensor je muka dia biar mak x nmpk!

Followers