Thursday, September 16

Home » , » TERKENA KENCING DI ARI RAYA

TERKENA KENCING DI ARI RAYA




Salam 1 Malaysia! Ari ni cuti la plak lagi kan? Yang mana dah start kerja semalam, sambung balik cuti ari ni yek. Mak still lagi bercuti till isnin depan. Hahaha..syiok bah lepak lepak kat umah time cenggini. Sila jangan jeles.


Ni mak nak sambung citer ari raya lagi. Korang nak tahu tak ni..kisah kami sekeluarga kena kencing di ari raya??
Kisahnya, ibu mertua mak dapat call dari kampung dia kat Kulaifornia, bagitau yang adik beradiknya nak buat tahlil untuk arwah tok nenek yang dah  meninggal dunia. Means, paklong makngah semua tu berpakat nak buat kenduri la kunun. Gagau2 mak mencari tudung nak pakai ari tu tau tak? Nak buat tahlil tu..bukan nak gi jalan jalan biasa je. Kalau tak pakai tudung kang, apa plak kata sedara mara kan. Tak reti nak hormati majlis la plak. Rerupanya kan..Cehhh!!

Bila kami sampai je kat umah nenek tu, pelik tengok semua pakcik2 aku tu semua bersinglet aje?? apsal tak de tetamu yang datang pun..Rupanya, kami semua nih kena kencing dengan pakcik makcik semua tu kooo. Biasanya setiap tahun kami akan balik ke kampung nenek laki mak tu. But tahun nih, bapak mertua mak said, maleh nak jalan mana mana tahun nih. So, memang tak ada langsung planning nak balik umah arwah nenek. 

Dek kerana sedara semua tahu yang kami memang merancang tak nak balik kampung ler, maka kami semua kena kencing! Kelako la gak sebab sepakat sungguh depa semua nih mengenakan kami nih. Sampai2 je, mak dulu le yang kena gelak. Sedara2 laki mak nih memang suka bergurau senda dengan mak. Pakat ramai cakap bahasa jawa dia, then depa tanya mak 'yes or not'. Mak yang tak paham bahasa nih, just 'yes' kan ajelah apa yang ditanya...Gelak pecah perut la depa gelakkan mak sebab rupanya depa mengenakan mak..My uncle semua nih memang gitu le..

Dah lepak 2-3 jam kat umah sedara mara nih, masa dah time untuk balik. Pusing sini sana cari laki mak, rupanya ilang dari mula lagi. Dia pi beraya kat umah jiran sebelah umah nenek nih. Cari kawan lama dia..berkawan sejak kecik kecik dulu lagi dah. Time raya cenggini ajelah yang ada masa untuk bertanya khabar dan mengimbau masa silam depa. Masing masing kutuk mengutuk mengimbas kisah lama. Ada teman2 yang dah meninggal..ada yang hidupnya tak sebahagia orang lain. Begitulah kehidupan kan..


Bila masa plak pic ni ditangkap?? Masa ni mak tengah cari laki mak kot..

Biasalah budak budak kan..1/2 day je pakai baju melayu. Ni sesi petang, dah tukau dah bajunya. Topi tu wajib tak tinggal.


Angah yang tersenyum manis sebab dah dapat duit raya..hahaha. Lagipun, dia memang nak balik sangat sangat dah. Mana leh duduk menepek 1-1 umah tu lama lama. Berkicau kicau ajelah mulut nak balik.


23 Nak Cakap Jugak??:

aSmiDar said...

hehe..ingat kencing ape tadi..kihkihkih

Ellen said...

Mak...saspen nya..ingatkan kena kecing tokek ker apa...hahhaaaa

Lagenda said...

@aSmiDar Hakhakhak..sowiiii!

Lagenda said...

@FloEllen Suspen ye?? syian tipah tertipu.

Sharinginfoz said...

mari kita tengok siapa yang kena

Norman vs Abby

gnesop said...

kena kencing? huhuhu
bagus juga untuk berkumpul..
tp x sesuai kencing2..

Unknown said...

hehhe
ksian dh kne kncing di ari raya
thn dpan kne mintk maaf blik tue:)

Lagenda said...

@Sharinginfoz Dlm ini cerita, mak le yg terkena

Lagenda said...

@gnesop Hiks..mak okes je. Gurau2 kalangan keluarga mmg cenggini le

Lagenda said...

@shark Tak kisah pun kena kencing nih..sedara mara mmg suka gurau2 cenggini.

Tak tunggu raya thn dpn, nk blk tu terus je bermahap2an

kerangRebus said...

wah~saspen je bunyinye~~=_=

Hairil Rizal said...

Gurau-gurau mengeratkan silaturrahim gitu kan mak?

Cantik baju raya mak tu... :)

JMR said...

tak kisah la kn kencing kan mak..janji diorg rindu kt korg sumer.kalo tak bwt gitu, takleh raya sama2 la...

Lagenda said...

@Hairil Rizal A'a..gurau2 gitu.

Mak okes je dgn gurauan yg tahap cenggitu. Tetap maintain hanggun..oeyehhh

Syantek?? Maseh..jahit sendiri huduh2 je

Lagenda said...

@J.M.R Betui..itu la tandanya depa sygkan kami kan? Still wat propaganda untuk berjumpa di ari raya.

Klu x wat cenggitu, x leh jumpa la sbb semua duduk ujung2 m'sia nih

sweetsal said...

seronok mak beraya sakan ni..sian mak kena kencing..tp tak kisah mak janji dapat jumpa sedara mara kan..syoknye raya..hehe

Lagenda said...

@sweetsal Hiks..x kesahla sal..janji hepi.

Che Armster said...

adeh.. boleh pulak kene kencing camtu.. haha

Selamat hari raya mak.. dan selamat hari malaysia :)

Lagenda said...

@Che Armster Gurauan di ari raya la tu che arm

Selamat ari raya too & slamat ari m'sia!

Melati Qistyna's Mummy said...

hehehe, ingt kena kencing kucin td, ropanyer kono temberang....hahaha.

mak, kite dh kt KL dh nie, blk pg td lalu batu kikir... erk mak dok situ ker? :P

Lagenda said...

@Melati Qistyna's Mummy Hahaha..Klu mak kena kencing kucing, mak kejor kucing tu!

Alhamdulillah dah selamat smpai KL. Umah mak lebih kurang la kat situ. Klu mak keluar umah td, leh jumpa! Huaa..

abigemok said...

haha.. ingatkan disibhah dengan air kencing lak :)

Lagenda said...

@Kyuubi_85 Hisy...sape la yg sanggup wat cenggitu kat mak ni kan..?

Followers