Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Sunday, September 19

RAYA DI KOPITIAM

Pot biasa la mak sekeluarga melepak kalau dah balik ke Johor nih. Si angah manja bobok yang request nak kesini kali ni. Bukan main main gak anak mak ni..demand tak hengat! Mak pun melaju ajelah setuju sebab nak lepaskan gian 1 bulan tak mengopi. Hiks..


Friday, September 17

SESI BERGAMBAR PLAK YE

This is my family. Susah kan korang nak tengok muka laki mak? Sampaikan ada yang bertanya..ada yang pelik, eh..macam macam lah! Hah..ni, telek la puas puas muka dia yek. Hiks..Apapun, dek kerana korang ler, mak dah kena zass dengan pakcik nih- Dia tak suka nak possing amik gambar nih! Bak katanya, dia cukup monci..But, dek kerana mood raya, dia layan ajelah sesi bergambar kali ni. Next time, susah la kot nak snap pic dia possing possing nih dan tepek kat sini dah!

Thursday, September 16

TERKENA KENCING DI ARI RAYA




Salam 1 Malaysia! Ari ni cuti la plak lagi kan? Yang mana dah start kerja semalam, sambung balik cuti ari ni yek. Mak still lagi bercuti till isnin depan. Hahaha..syiok bah lepak lepak kat umah time cenggini. Sila jangan jeles.


Ni mak nak sambung citer ari raya lagi. Korang nak tahu tak ni..kisah kami sekeluarga kena kencing di ari raya??

Wednesday, September 15

BERMAAFAN DI 1 SYAWAL

Yup..Ini adalah 1st time mak beraya sebagai seorang blogger. Hak tui!! Blogger ker masalahnya. Tapi tak pe lah..Semuanya adalah untuk kenang -kenangan mak kan? Acara wajib setiap 1 Syawal, amik pic sekeluarga dan bermaaf-maafan kan. Cuma pic keluarga kali ni sangat tidak memuaskan ati mak! Maklum ajelah..potoghafer tak bertauliah. Gelap jadik pic nih..Hisy!! Dah ler baju tu pun kaler gelap..

Tak kira..mak nak gak tepek gambar yg cerah dan syantek dimata mak! Waaaalaupun tanpa anak2, yang penting, ada gambo yang syantek dimata den! Miahaha...buleh gitu? Finally, pic yang syantek nih diamik oleh anak dara kecik mak si meisya. Kira buleh arr kan? Hah..leh sambung balik citer raya mak nih.



Tuesday, September 14

KESIBUKAN..

Raya tak abis lagi kan? Kita sambung citer pasal raya lagi yek..Lagipun, memang tengah mood raya. Bagi abis semua citer raya, then leh citer pasal benda lain plak..tol tak? 


Mak sekeluarga balik ke kampung ari rabu ari tu sebab nak merasa bersahur dan berbuka bersama keluarga mertua. Maklum ler...duduk jauh, nak balik tiap minggu atau bulan, tak mungkin! So, amik kesempatan balik awal sehari dan jemaah ler buat semua tu. Semua adik beradik ipar duai ada..penuh riuh rendah lar umah.Sampaikan hidangan makan tu kena wat 2 set ler. Ater..penuh sangat kan..Tapi seronok..inipun, ada satu lagi adik ipar yang lum sampai.



Followers