Friday, September 17

Home » , » SESI BERGAMBAR PLAK YE

SESI BERGAMBAR PLAK YE

This is my family. Susah kan korang nak tengok muka laki mak? Sampaikan ada yang bertanya..ada yang pelik, eh..macam macam lah! Hah..ni, telek la puas puas muka dia yek. Hiks..Apapun, dek kerana korang ler, mak dah kena zass dengan pakcik nih- Dia tak suka nak possing amik gambar nih! Bak katanya, dia cukup monci..But, dek kerana mood raya, dia layan ajelah sesi bergambar kali ni. Next time, susah la kot nak snap pic dia possing possing nih dan tepek kat sini dah!

Namapun sesi bergambar kan..ini ajelah kaum kerabat keluarga belah pakcik tu. Kecik je family pakcik nih. 5 beradik je. Then, turutan adik beradik 'sulam bunga' kata orang orang tua. Meh mak memperkenalkan depa yek? 

Abang yang sulong is pakcik tu ler. Bininya...yang syantek hanggun berbaju ijau kunen tu, menantu sulong dalam keluarga nih. Giler korang tak kenal tuan blog ni kan..? Anak plak, masih lagi 3 ye.

Bertudung putih duduk kat barisan depan tu, adirnya pakcik tu nombor 2. Ada 5 orang anak termasuk 2 orang twin kat belakang nun. Lakinya berbaju biru yang dok kat tepi sekali tu.

Adik nombor 3, lelaki. Tak de dalam pic nih sebab jadik tukang amik gambo. Orang umahnya yang pakai tudung sokelat menyelit tepi mak tu. 2 je anak dia- Sepasang boy & girl.

Yang nombor 4 plak, perempuan. Bertudung ijau duduk kat barisan depan. Ni kira latest edition dalam keluarga nih la sebab last year baru kawin. Partnernya berbaju ijau gak. Baby yang dok ibu mertuaku pegang tu is anak depa ler.

Ada 1 lagi adik bongsu pakcik ni, lelaki. Tah mana dia gi merempit pagi2 raya nih. Susah tol nak kumpul semua beradik time time cenggini kan untuk bergambar kan?

Hah..tu adik lelaki pakcik tu yang nombor 3. Isterinya ujung sini, lakinya ujung sana.

Ni semua koleksi cucu cucu ibu mertuaku. Daripada yang lama hinggalah yang terbaru. Berbaju ijau lemon tu semua anak anak mak la kan. Yang berbaju biru tu semua termasuk yang bertudung hitam berbaju putih, cucu cucu dari anak nombor 2. Yang bertudung itam berbaju pepel berdua beradik dengan lelaki kat atas nun. Lastly baby tu ler..anak kepada adik nombor 4. Yang bongsu, lelaki, tak kawin lagi.

Set keluarga mak je plak nak tayang kat sini. Puasti mak kali ni amik gambar terang bendera. Haaa..hamik ko! Mak anak sulung dalam keluarga mak, pakcik ni pun anak sulong gak dalam 5 beradik dia. Sebab tu kami dipanggil maklong & paklong dalam 2 belah keluarga. Ce teka..sape yang paling garang? Maklong ke paklong??? Hahaha..sendrik mau henggat ye

Bergambar cucu cucu je plak. Ada 11 orang je cucu. Sorang sekolah menengah tingkatan 2, yang lain kecik kecik lagi. Ada 2 orang yang akan mengadap UPSR tahun ni. Ada di antara anak sedara nih rupanya menjadik silent reader mak!!! Arrgg..mak baru je tahu koo..wink..wink..

Hepi la orang tua nih tengok kerenah cucu cucu dia. Yang peliknya, berpasang baju raya anak menantu belikan, baju lama jugak la mak pak mertua ni dok pakai. Depa ni hanya pakai baju baru tu kalau nak berjalan ke umah sedara mara je. Kalau duduk kat umah cenggini, haa..gitu ajelah.

Aik..?? Pas tergelak2 tengok keranah cucu, sempat lagi nak jeling jeling mak mertuaku itu?? Ni mesti berkira kira nak tambah gelang emas mak mertua tu kot. Dekat dekat nak raya ari tu, dia belikan peti aih baru untuk mak mertua tu. Sayang bapak mertua mak ni kat bininya wei..duduk umah ni pun bertiga je dengan adik bongsu mak nun. So, kesini sana macam belangkas ajelah. Semoga, kehidupan kita pun akan bahagia begini sampai anak cucu, sampai tutup mata salah seorang dari kita kan?


20 Nak Cakap Jugak??:

Sharinginfoz said...

seronok betul bergambar ramai2 untuk kenangan kan, by the way, Biskut Raya Ada Lagi?

Lagenda said...

@Sharinginfoz A'a..

Melati Qistyna's Mummy said...

wahhhh, byk gmbo pokcik sesi neh yer :P

Lagenda said...

@Melati Qistyna's Mummy Miahaha..ater, dah kome2 semua bising muka laki mak susah nak nmpk..

HaN WarreN said...

sporting ar family mak nak bergambo...hantwo punya family lagi la bz memanjang sampai xmau snap pic wat kenangan :(

Lagenda said...

@HaNTwO Giler x sporting?? mak cekak leher sengsorang..tu x nmpk parang pendek blkg mak tu!

Hairil Rizal said...

Mak, abg yg pakai baju purple tu siapa? Dia dok mana?

Macam kenal lah.. seriyes nie!

Lagenda said...

@Hairil Rizal Dia pangkat adir ipar dgn mak, mean adik lelaki pakcik numbor 3.

Dia duduk kat bndr penawar, JOhor.

Kwn2 lama hairi kot dulu.

Hairil Rizal said...

Hmm... hampir sah la tu. Dulu saya keje kat Bdr Tenggara.. dah dekat gak la tu. :)

AngahSayang2314 said...

wah seronok tengok mak bergambar bersama keluarga... nie ada lagi ke??? biskut raya???? hehehe

Lagenda said...

@Hairil Rizal Rasanya betui la tu kot. Area situ2 gak umahnya. Hiks..

Lagenda said...

@AngahSayang2314 Biasa2 je ngah.

Sekut raya manyak lagi nih..meh le dtg umah

gnesop.com said...

cam best jer bergambar di tangga :)

Lagenda said...

@gnesop.com Tu je tempat yang paling strategik sop! T__T

Gayahspears said...

mantap~ haha.. nih baru la bergambar cara klasik.. mak ... Gayah kasi 5bintang

Lagenda said...

@GayahspearsWoahaha..5 bintang ko kasik mak gayah?? maseh..maseh

Gayahspears said...

hahah.. same2... mak mmg awek muda.. bg tips jap :P

Lagenda said...

@Gayahspears Manalah mak ada tip2 ni gayah oii!

Dalam pic nmpk ler muda..klu di alam nyata, mau ko larik kot!

ASSOYFINGER67 said...

Salam..belum tau mak..kang dia orang merayau2..aku yg semput..huhu....rasenyer biorler remaja2 tu jer..aku dah tue...haha

Lagenda said...

@ASSOYFINGER67 Salam too. Ni case perjumpaan tu ke soy?? Ok la tu..

Followers