Saturday, September 11

Home » » AKTIVITI WAJIB SETIAP MALAM RAYA

AKTIVITI WAJIB SETIAP MALAM RAYA

SELAMAT ARI RAYAAAAAAA..
Hai geng! Amcam ari raya korang wei? Raya mak sekeluarga cenggini ajelah haa.. Tahun ni turn balik kampung laki mak plak so, beramai2 le kami menuju ke kampung halaman laki mak di Kluang - Johor. As mak told u all before, banyak aktiviti yang perlu mak settlekan sebelum balik ke kampung halaman. Biasa ler..aktiviti sebelum raya apa lagi kan?

Aktiviti wajibnya samalah macam keluarga korang2 yang lain kan. Kemas umah, buang sawang, sapu habuk debu, alih kerusi meja, tukar sarung kusyen & langsir semua tu lah! Masing2 dah berzikir kat telinga mak pas berbuka tu nak balik kampung. Tak menyabor nau koo!! Tak leh langsung bagi can kat mak ni nak pejamkan mata kejap. Pas je berbuka, acara punggah memunggah pun bermula ler..tak de tangguh2 lagi dah wei.



Tukar sarung kusyen. Tahun ni, tahun mogok ye. So, tak de nak beli sarung kusyen yang baru der. Pakai je yang mana ada. Janji..Bersarung..hahahaha! Gigih tol anak2 mak menukarkannya. Bukak sarung lama, pandai le. Nak sarungkan yang baru, failed!! Tak per arr..janji ada gak turun tangan menolong mak eh.
Memasing dah standby je menunggu arahan mak- apa yang patut dibuat. Ye ler, memasing excited nak balik kampung ler katakan. Suruh arr ape je. 'Saya yang menurut perintah!! Si along yang volunter menurunkan langsir.

Si Angah ni yang sangat rajin mengeluarkan cangkuk dari langsir lama. 

Si anak dara mak yang baru nak belajar memasukkan cangkuk ke dalam langsir. Sampai sentap2 dengan mak sebab mak tak bagi dia buat. Dia tak reti konsep isi cangkuk tu lagi but excited gak nak buat. Ater..

Terpaksa ler mak jadi tutor memasang cangkuk langsir! Nak sangat buat kan..mak ajar buat, then mak tengok depa buat..

Settle usaha2 mengisi cangkuk langsir, tugasan menggantung langsir kita serahkan kepada tenaga jantan gagah perkasa yek. Hahaha..tugasan ni memerlukan insan yang berhati sabar sket. Hiks...sebab?? Kena turun naik panjat memanjat tu 3-4 kali untuk menyesuaikan kepanjangan langsir tu dengan lebar tingkap & pintu. Suruh mak buat pun leh gak..kena panjat 2 kali, tak gak sepadan, mak hempas je langsir tu lantai..huhuhu.

Haaaaaaaih..selesai sudah mengemas umah akhirnya! Waaaaaaalaupun jam dah pukul 11.30 malam, but anak2 mak semua hepi sangat2 sebab tak perlu tunggu tengahari sok nak balik kampung. Pas je sahur, packing kain baju plak, caloo beteh! Alamak!!! Lupa arr nak snap pic pas semuanya selesai...Yang penting, my plan, kemas umah dulu baru leh balik kampung, diikuti secara mutlak tanpa ada bantahan. So, dengan kerjasama dan usaha gigih semua pihak, selesai ler aktiviti wajib setiap tahun nih. 



11 Nak Cakap Jugak??:

Leyha said...

alahai mak. bestnya! hehehe. teringt lak bila raya saya jadik tukang pasang dan panjat! hahahah~

Lagenda said...

@Hali3isa a.k.a L3ha : SSA Best bila sama2 berkerjasama sekali arr..klu buat sorang2, x besh pun..

Leyha said...

betul tu mak~ hehe. mama saya pown suka kalu anak2 dy ada. hehe. leh itu dan ini~ hehehe. sepakat membawa berkat katakan~ hehe.

Anonymous said...

selamat hari raya tuan blog :)

Mun said...

waaa..rajin anak2 mak tolong yerk..

Melati Qistyna's Mummy said...

samat ari raya makkk.... hehe, bagus ade ank ramai neh, leh ringan kan keje kita sket :)

Lagenda said...

@ekinSelamat ari raya gak ekin! Maseh ye

Lagenda said...

@Cik Moon Alhamdulillah..rajin sbb x sabar nak blk kmpg

Lagenda said...

@Melati Qistyna's Mummy Slamat ari raya!! A'a..untung ada ramai anak. Semua keja leh tulun buatkan

ardinihumaira said...

malam raya dni tdo kol 4 pagi. semangat nak raya duk mengemas hehe

azzey said...

Lagenda: sy kemas kain baju yg dibawak blk kpg je mak...umah so & so je...hu3...

Followers