Thursday, September 2

Home » » AHAD YANG HYPERAKTIF-EDISI KEDUA

AHAD YANG HYPERAKTIF-EDISI KEDUA

Hye geng! Semalam selesai hyperaktif ari sabtu kan? Ni, edisi hyperaktif ari ke dua plak. Ari ni sambung lagik aktiviti yang harus diselesaikan segera. Kebetulan plak ari ni tak kerja, settlekan ajelah apa2 benda yang tertangguh. Banyak gak program mak ari ni.
Dek kerana sampai pun lewat semalam, pukul 2 pg,so wajib le mak terbabas bangun sahur! Hiks..celik je mata, ngam2 orang nak mula azan. Mana nak sempat nak kejutkan anak2 mak bangun dari tido tu kan. So, berpuasalah kami tanpa bersahur. Pukul 8, anak2 mak dah merenggek nak berbuka. No way..selagi mak rasa diorang mampu tahan, mak pujuk2 la depa. Mak bodek2 depa kata ari ni nak pi beli seluar depa plak. Senggih memasing sampai ke telinga bila dengar. Tu..anak dara mak gigih baca buku walaupun dalam keta tuuu.
Ari ahad tu plak, gi bandar kami, 1st place yang mak tuju is jumpa dentist. Meisya harus dicabut giginya untuk pertama kali dalam hidupnya coz gigi baru dah tumbuh. Walaupun gigi susunya langsung tak rosak but bila gigi baru dah tumbuh, terpaksa la mak berdating dengan pak dentist plak today. Mula2 si meisya ni hepi aje lah..tak takut langsung sbb agaknya dia tak tahu lagi macamana rasanya cabut gigi kot. Mak dengan pakcik tu memasing tolak menolak sape yang harus temankan meisya masuk jumpa dentist sebab takut kesiankan anak tu kang. But bila meisya pilih mak untuk bersama dia dalam bilik tu, mak terpaksa la ikut. Mak rasa, kalau paknya yang temankan, sohih cancel cabut gigi tu! Silap2 ari bulan. dentist punya gigi yang tercabut!! Pakcik tu kan depensif sket dengan anak daranya tuh..


Tadaaa..tak sampai 10 minit dalam bilik tu, settle cabut gigi! Menjerit2 gak masa bius but when mak said 'Diam..' dengan nada tegas, dia pun cool le. Mak tutupkan matanya sebab mak tak nak la dia fobia jumpa dentist lain kali. Itu pun dentist tu dah told me..next time kena datang lagi 1x sebab ada 1 gigi baru nak keluar..Settle cabut gigi, mak bagi dia bukak puasa..Upah tuuu. Pas cabut gigi, tak ada menangis2 pun. Hanya kedut2 dahi je menagih simpati pakcik tu. Anak manja bapak kan.. 


Terjah plak sopin komplek sebab nak tunaikan janji mak pada anak2. Beli jeans untuk anak2 mak plak. Dapat la sorang 3 pasang seluar jeans. For myself, still tak beli apa2. Tak pe lah..janji anak2 hepi kan? Terpandang plak kaunter zakat fitrah. Stop jap kat situ untuk tunaikan kewajiban yang perlu dilangsaikan. Anak2 lelaki mak leh tengok la alive depan mata salah satu tanggungjawap seorang lelaki dalam keluarganya. Then pastu, pok pek la dalam keta tanya mak ini itu pasal zakat tu. Sib bek mak ni ada la ilmu sket..leh le terangkan skt sebanyak apa yang mak tahu tentang zakat tu dan kenapa bapaknya yang bayar bukan ibunya.


Memasing dah dapat apa yang dihajati, my turn plak menyetelkan urusan mak. Apa lagi....salonlah! Saje je nak cool downkan stress. Sabar ajelah anak2 mak dengan pakcik tu menunggu mak plak dalam salon tu. Korang kan tahu..mak ni memang suka melepak2 dalam salon tu. Daripada cuci rambut, volumekan, then trim hinggalah mengcolourkannya. Semua mak buat dalam 1 ari tu.Lebih kurang 4 jam menadah vontot dalam salon, memasing dah macam cacing kepanasan menunggu. Habis semua majalah cina dalam salon tu anak2 mak baca! Miahahaa...Korang jangan tak caya..Mak ni mmg leh buat multi task tau. Mak rileks ajelah berjimba2 dalam tu sambil2 beadingkan baju raya den! Masa yang ada tidak harus dibuang kan..banyak kerja leh buat. Walaupun tak leh siap, at least jalan gak kerja mak tu. Beading tu bukan takat buat ari wiken je tau. Pas sahur kang ngadap sket sambil2 menunggu azan subuh, tak pun balik rehat lunch time tu, kalau mak g mengembara ke negara China ( tido ) mak jahit beading gak. Acually, bagi mak, beading nih leh menenangkan mak. sebab pe? Nanti mak citer bab tu k.

Korang rasa cukup dah aktiviti hyperaktif mak tu? Lum..ada lagi urusan yang lain..Sebelum terlewat, mak terjah plak bazar ramadhan, beli apa yang patut sebelum kehabisan. Tanya anak2, apa yang nak di makan, terus je terjah gerai yang jual makanan yang dihajati tu. Beli nasik kerabu 3, nasik hayam 2, kuih muih rm 4 hengget, settle! Ari ni punya menu is, beli diluar makan dirumah. Selesa sket. Lagipun semalam dah makan kat luar kan. 

On da way back tu, ingat nak singgah klinik jap. Skodeng sini sana, semua tutup. Doktor2 ni semua nak bukak puasa gak la gamaknya. Tapi kan..doktor2 tu semua kebanyakkannya indian ataupun cina, tak kan la nak buak puasa gak? Isk..syilap. Nurse2 dia semua muslim daa..Ngeh! Apa lagi, terjah la plak farmasi. Hiks..salah satu lagik tempat kegemaran mak. Beli apa? Mak nak beli cream sket. Anak dara mak ni ada like kudis sket kat ubun2nya. Kata ahli farmasi tu, kulit kepala dia terlalu kering then anak dara mak ni suka garu. Sebab tu jadik kudis. Dapat 2 cream, bayar rm 30. Ayakk..lupa plak nak beli primrose mak tu. Tak pe..next time 

So, dalam 2 ari mak hyperaktif kesini sana tu, mak tak sempat la nak balas semua jejak kawan yang singgah kat umah pepel mak nih. Ni way, thanks kepada yang sudi jengah dan ada yang bertanyakan mak. Thanks sesangat ye. Mak ada..cuma, dalam keadaan mak yang banyak problem tu, mak harus sibukkan diri dengan urusan keluarga. Kalau dok menongkat dagu memikirkan masalah, masalah tetap tak akan selesai. Urusan keluarga kang terbengkalai plak tol tak? Better sibukkan diri..ngeh3x.

6 Nak Cakap Jugak??:

Melati Qistyna's Mummy said...

makkk, si meisya tu taun 2004 ker 2005? ank kite 1 gg pown lom tumboh la, dia 2004...

ummi iman said...

wah...hari ni senyap je mak..rindu betul lah..hahaks..bestnya p salon...mi dah lama tak p...waaaaaaaa....

Lagenda said...

@Melati Qistyna's Mummy Meisya lahir 13 Jan 2005 qiss. Anak qiss 1 gg pun lom tumbuh?? Pelik tu..

Lagenda said...

@ummi iman Erm..ada hal sket smlm. Mak mmg wajib p salon 2-3 minggu sekali. Gian!!

cikmin said...

balqis lahir 2004..masih belum ada gigi baru tumbuh..cuma baru2 ni sebatang gigi susunya gugur waktu besahur.. :P

wah..mak giler saan ke saloon ye..cikmin berbulan sekali baru pi kot..

Lagenda said...

@cikmin Hurm..anak dara mak nih terlebih kalsium kot! Hiks

Kan mak dah bgtau..mak ni bnyk gilanya!!

Followers