Monday, September 27

Home » » SURAT UNTUK KAMU DARI SAYA MANUSIA YANG TIDAK SEMPURNA

SURAT UNTUK KAMU DARI SAYA MANUSIA YANG TIDAK SEMPURNA

Surat Untuk Kamu

Assalamualaikum...Buat kamu yang saya ingati. Semoga kamu akan diberkati dan dirahmati Allah SWT. Pembuka bicara yang seharusnya saya lakukan untuk kamu yang sebaik baik umat di muka bumi ini. 


Surat ini saya tujukan kepada seorang teman yang senang saya namakan 'kamu'. Sebagai seorang wanita, ibu, manusia dan teman, harus saya akui bahawanya saya mempunyai banyak kekhilafan yang sama ada saya sedar atau tidak sedar. 

Menjadi seorang teman baik itu sangatlah saya hargai. Sementelah pula kehadiran saya di sini hanya untuk berkongsi rasa, mengabadikan semua kenangan keluarga saya disini. Keperibadian saya juga adalah terbuka dengan semua makhluk selagi dia dinamakan kejadian tuhan. Waima, ianya seekor BABI & ANJING. 

Dengan itu, semua sahabat yang pernah bertandang di sini berkongsi minat dan cerita, amat saya sayangi dan hormati. Memberi tunjuk ajar dan menjalinkan kemesraan sesama teman. Namun, saya mempunyai batasan batasan dan sempadan yang saya harapkan seorang teman itu menghormatinya.
Bertegur sapa, bermesra dan berdakwah secara berhemah sesama kita, sangat sangat saya hargai. Tetapi, jika kita yang baru sahaja sekali dua bertandang dan bertegur sapa mahu ditazkirahkan, saya rasa ianya satu tindakan yang kurang bijak dari pihak kamu. Dengan sikap kamu yang sangat 'baik' kamu tunjukkan itu, membuatkan hilanglah segala kebaikan kamu di mata saya. 

Saya manusia YANG SANGAT BANYAK kekurangan ingin bertanya. Adakah kamu mengenali saya secara terperinci? Adakah kamu ini mengetahu setiap kebaikan dan keburukan yang saya buat selama ini. Kebaikan yang saya ada, saya tak harapkan kamu sukat, timbang dan junjung namun kekurangan yang saya ada juga tak perlulah oleh kamu keji..bukankah orang orang baik di sisi Allah tidak akan menyakiti hati sesama umat?


Dimana sakitmu jika saya tidak bertudung litup sepertimana kemahuanmu? Terbebankah dibahumu memikul apa yang sepatutnya saya dan suami pikul? Mengapa perlu menyakiti hati saya yang tidak mengenali siapa kamu? Untuk pengetahuan kamu yang sangat disayangi Allah, disekeliling saya yang jahil ini mempunyai ramai rakan rakan yang sering menegur dengan hikmah tanpa melukakan perasaan saya.
"Allah tak melihat zahir pakaian dan harta benda kita, tapi Allah melihat kepada hati dan amalan kita.. Maka, timbullah kaedah usul "Manusia cuma menghukum yang zahir, sedangkan Allah sahaja yang menghukum yang batin"
Setiap kejadian Allah itu ada hikmahnya. Belum tentu manusia yang sebaik kamu ini dijamin kedudukan di Syurga itu. Dan belum tentu lagi saya yang jahil ini tercatit kedudukan saya di neraka. Apa pun yang bakal saya buat, hasilnya bukan dari suruhan dan paksaan sesiapa. Tambahan pula BUKAN dari kamu yang saya tidak kenali. Siapa kamu?? Teman bukan..orang tua saya pun bukan. Suami saya juga apatah lagi!! 

Apa yang diluahkan ini bukan bermakna saya ego mahupun sombong. Sebagai hambaNYa, semua manusia akan menemui titik perubahan dalam kehidupan masing - masing. Begitu juga saya. Saya akur akan ada perubahan yang bakal  berlaku dalam kehidupan saya di masa akan datang. Ye..suatu hari nanti. 


Akhir kata, siapapun saya, bagaimana sekali pun saya ingin menjalani kehidupan saya, saya tidak memerlukan seorang teman seperti kamu. Oleh kerana hilangnya hormat dan kesopanan saya kepada kamu, besarlah harapan saya agar saya tidak lagi menemui orang sebegini di sepanjang kehidupan saya..Saya menyusun sepuluh jari jika tutur bicara saya kedengaran agak bongkak dan kurang sopan. SAYA MEMANG MANUSIA YANG TIDAK SEMPURNA


------------------------------------------------------
** For all of you guys....
Being a human we need R&R - Respond & Respect each other.
Sometimes, we need respond BUT always on the others hand, we must to respect others person. That a rules being a gud human!!


Sebagai seorang muslim, kita juga mempunyai  A&A- Adap & Adat
Banyak yang membezakan antara kita dengan orang lain...banyak juga cara untuk orang semakin menghormati kita tanpa perlu kita pinta - salah satunya adalah iaitu ADAP. Fikirkan lah...


....PEACE NO WAR....


82 Nak Cakap Jugak??:

Cik Bucken said...

mak..sabar ye..=)
yg penting saye doakan mak terbuka pintu hati..^_^
niat org itu baek cume cara die salah... mak org paling tabah kot saye penah kenal thru blog ni ^_^

sarah-najwan said...

salam mak..

banyakkan sabar ye mak..

Lagenda said...

@Cik Bucken Ye Insyaallah..
Kebaikan yg ingin dia buat dgn cara x betul membuatkan mak ilang rescpect. Sorry.

Orang paling tabah?? Thanks...tp ramai lg org yg lbh tabah dr mak yg lemah ni.

cikmin said...

terbaik dari mak..sabar lah ye.. :)

Lagenda said...

@sarah-najwan Salam Sarah
Ye..Insyaallah.

Ellen said...

wah mak..sapa ka ni...hmm...abaikan jer mak..biar dia, adakah dia spt apa yang dia kata..atau dia adalah sama spt cakap tak serupa bikin...ellen faham!!kuikuikui

Tieah Madian said...

Sabar jela..
Susah nak puaskan hati org..
Asal kite tau diri kite sape..

mr.curly said...

ceq rase cam kenal dgn org tu .. psl ceq pun kene gak .. sabar je la mak ...

Amyna said...

Dalam dunia nih.. macam² perangai manusia mak. sebab tu ada nya perkataan baik buruk, syurga neraka dll. Entry nih memang terbaik dr mak..

Moga dengan publish nya entry nih.. mak kembali ceria beramah mesra dengan kami anak² mak.. Kami sukung mak.. yuhuuu!!

Anonymous said...

harap harap "si kamu" baca surat mak ni dan sedar diri.

mak bawa bersabar k..

Melati Qistyna's Mummy said...

sabo yea mak...

org yg baik akan menegur sesama insan secara berhemah... bukan secara membuta tuli....

org yg baik juga tidak akan menyakiti hati org lain.....

smg kita sm2 berubah ke arah yg lebuh baik..... Aminnn

Lagenda said...

@Ellen Siapa dia? Biarlah rahsia~Ct Nurhaliza.

Dia adalah seorang manusia yg 'sangat baik' la kunun..

Lagenda said...

@d_tieah Ye Betul!
Susah nak puaskan hati org tp 'org' tu patut sedar diri mana sempadannya..

Lagenda said...

@mr.curly Mgkin la kot curly..
Klu org lain, mgkin org lain abaikan je
Tp mak mmg manusia yg x de insuran mulut. Mak perlukan kwn2 mak hormati mak. JANGAN INGAT MAK HUHA HUHA, mak x de harga diri.

Lagenda said...

@Amyna Terhasilnya enrty ni bukan untuk membuktikan sape baik sape jahat. CUMA, mak mengharapkan TIADA LAGI MANUSIA BEGINI berurusan dgn mak.

Mak akan sentiasa ceria dgn semua org yg x bersalah. *_*

Lagenda said...

@tim
Betul..sedarkan diri dia yg manyak syiok tido!

Mak sentiasa ceria..*_*

Lagenda said...

@Melati Qistyna's Mummy Tgh sabar la ni..

Err..ckp berhemah tak mak pulangkan paku buah keras pdnya?

Amin..

sud@is said...

Salam mak,

dia berdkwah tp cara nya kurang halus sehinga terasa hati....bila utusan mak kuaq cam gini mungkin dia sedar..wat altenatif lain

Melati Qistyna's Mummy said...

tu berhemah la tuh mak... law den dh kuor sume %$#%^^&%%***^$#.... hahahha

Lagenda said...

@S..U..D..@..I..S Masalahnya sudis, DIA BUKAN NAK BERDAKWAH!

Bkn mak sorang nak ditazkirah begini. Abis semua blog @ kwn2 yg x senang dimatanya ditazkirahkan seolah2 dialah wali teragung!

Lagenda said...

@Melati Qistyna's Mummy Mak cuba gunakan pendekatan yg berhemah..

Nak maki gak sbnrnya..tp cuba menyabarkan diri dulu.

Ara Drew said...

sabar mak..'dia' menegur secara terbuka dan dlm masa yg sama mmbuka aib mak kpd org ramai..klau nk tegur pun,tegur lh by tru email ke,atau private skit...

cara yg salah tegur ssorg mcm tu dan mmalukan org lain skali gus..wallahuallam..

Melati Qistyna's Mummy said...

tu la mak.... mak adalah antara blogger yg kite kenal bijak menggunakan setiap ruang yg ada sama pada waktu senang atau susah... :P

Abd Karim MJ said...

Salam.. sis

Sabar jer lah sbb manusia nie banyak tengok cermin yang transparent tu sbb x nampak diri sendiri... nampak kat orang lain jer - keep it up.. selagi tak kacao orang lain sudah.. bukan diorang hantar beras pon kat kita time kita susah mengutuk lagi ader kan.. jangan di layan sgt lah...

i know u can.. keep it up sis...

Lagenda said...

@DaRa MaNiskU Banyak sbrnya sebab buat mak terasa hati dgn'nya'

1- dia terang2 pekik kat situ. SEmua org leh baca

2- Mak x kenal dia siapa, cukup baikkah dia hingga nak menegur mak plak? Kaum keluarga dia semua nak dia jaga baik2 ke?

3- Mak sangat sangat x suka org yang paksa mak buat sesuatu tanpa kerelaan mak!

Rasanya, cukuplah 3 dulu sbb mak marah..karang, lg bnyk mak ckp, lg nampk mak ni jahat.

Lagenda said...

@Melati Qistyna's Mummy Bijak menggunakan ruang?? Maksud abby?

Mak hanya menggunakan blog ini utk berkongsi apa sahaja yg berlaku dlm kehidupan mak. Bahagia mahupun sakit ati giler..miahaha.

Wanzi said...

salam mak.... saya harap mak banyak2 bersabar tentang perkara cam ni. nawaitu hanya diri kita yang tahu.. satu lagi ingat lah sesapa yang hendak menegur sapa tu biarlah beradab tengok pada tempatnya... senyum sokmo mak....

Kay Huliana said...

Mak, pada Kay, btol ckp mak..
yg penting niat dan hati kita mak...
Setiap manusia ader pendirian dia masing2...
Skung ni mak sabar jer... jdi kan kritik dia tu satu kritikan yg membina... just think at positive side.... Mak adalah Mak dan mak x boleh jd org lain sama telah jd mcm aper yg dia nk.. mungkin itu satu pendapat dia kan? Manusia perlu kan masa tuk semua tu....

Harap mak tabah and sabar... Kesabaran mengatasi segalanya.. Kay pernah hadapai dan lalui dugaan tp berkat kesabaran, Kay bahagia skung mak.. jadi kay doa dan harap mak sabar dgn smua ni... pduli la aper orang nk kater asal niat kita btol

Syg mak.. ramai org sygkan mak.. ok

Smile yer mak... x moa la masyam muker g2.. x comel.. hihi....
u've got a lot of fren with u...

Lagenda said...

@Abd Karim MJ Salam MJ

Sabar dan hormat mak pada seseorang ada hadnya MJ. Betul..sbb prinsip mak, 1x org buat baik kat mak, 10x mak buat baik pd org!

Mak x pernah kaco 'dia' tu..kenal pun x! Apsal sibuk nak tazkirah mak?? Huuuuhh..

Thanks MJ!

Lagenda said...

@Wanzie Salam Wanzie

Sabar ada hadnya. Jangan sampai kesabaran kita dipijak dan dicabar.

Betul! Tegur tu, tgk diri sendiri dulu, then tanya diri kita, adakah kita layak menegur org lain.

Kerana sikapnya yg beginilah membuatkan persahabatan dan sikap hormat itu hilang padanya!

Thanks wanzi!

Lagenda said...

@Kay Huliana Thanks kay! Love u muah muah muah!

Sabar dan hormat mak pd org yg mcm ni HILANG sama sekali. Cuma, mak masih jaga sikap mak agar x jadik kurang ajar mcm dia!

Thanks pada yg sayangkan mak..Err..ye ke rama sygkan mak kay? Meh hug2..kiss2 meh!

Thanks kay..

Afiq Bukhari said...

salam mak..fuhhh panas bila bace entry mak ni..sape ek orang tu? memang xpatut la dia buat cmtu..atleast jgnla nak masuk secara melulu je. terkejutla kite bila orang buat camtu kan. memang niat dia baik, tapi salah pada cara utk menegur. manusia ni bukannye robot.perlukan masa untuk berubah.bukannye sesaat dua kan mak. sabar la yer. harap2 orang tersbut bacela entry mak ni. btulkan diri sendiri dulu sebelum nk mengur orang. tapi yang penting jgnlah xbertegur sape plak, 3 hari je limit hehe senyum sikit mak.. anak mu datang dengn komen panjang berjela ni :)

Lagenda said...

To All of You..
Cik Bucken
sarah najwa
Cikmin
Ellen
d_tieah
Mr curly
Amyna
Tim
Melaty Qistyna
Sudis
Dara manisku

TERIMA KASIH DI ATAS SEMUA KATA2 PERANGSANG KALIAN..MAK DGT@ MENGHARGAINYA!

Lagenda said...

@AfiqPanas bg org yg buat salah dgn mak tu je fiq.. Kawan2 lain yg mak jumpa, semua mghormati 1 sama lain.

Mak kembali tersenyum ceria dengan sokong kwn2 disini fiq..Jangan kerana dia seorang akan merosakkan persahabatan kita semua!

Lagenda said...

@AfiqPanas bg org yg buat salah dgn mak tu je fiq.. Kawan2 lain yg mak jumpa, semua mghormati 1 sama lain.

Mak kembali tersenyum ceria dengan sokong kwn2 disini fiq..Jangan kerana dia seorang akan merosakkan persahabatan kita semua!

Thanks ye fiq..

cik panadol said...

teguran dia tu mmg la baik mak...tp biar la kne cara...kenal pon tak tetiba nk tegur mcm tu...kalo ye pon buat la dgn cara yg halus....

org tu mcm ingt kalo tutup2 tu, org baik2 la kononnya. kalo tutup2 tp dosa2 lain still buat pon takde faedahnya. jgn la pandang serong kt org yg terbuka2 sana sini kn mak...

Melati Qistyna's Mummy said...

yela mak... time mak stress, mak buat sulam manic, time mak heppy, mak turut mengheppy kan kitaorg neh, time mak nk bercerita, mak bercerita ngan kita org gak.... erkkk, betul ker huraian kite tu mak, pale ngah x betol, hahahah, yg penting mak best lah... :)

gnesop.com said...

untuk 'cool'kan mak, sop bagi IKEA 1 :)

Cikpuan Qiqi said...

Mak, Sabar ye..biakan kanak2 xbrape sihat 2..

da memang xsihat tu ske kaco bilau kn idup org..mgkin tjuannye baik tp perlu ke nk bg ayt2 sbegitu..rsenye kit e g skola brape taun ye..dekat 11 taun, BM tu tiap2 taun kite blaja tp bile mnusia nie die xpraktikkan..2 yg jd gitu tu..abaikan je mak..usah dlyan manusia yg xde nudi bhse...xrti hrmat org yg lebih bpngalaman

Ceria2kan dr mak ye=)

Lagenda said...

@cik panadol Betul tu. X kenal pun dier..tetiba je nak tazkirahkan org. Baik sgt2 ke dia tu..klu ikutkan blognya, HAMPEHHHH!

Tu pun 1 point gak panadol, tp mak x mo la sebut dlm ntry tu. Kang bnyk plak ati yg terasa..

Thanks ye panadol..

Lagenda said...

@Melati Qistyna's MummyIc..ic..Mak hanya ingin menjadi 'mak' tanpa ikut acuan org.

Thanks sgt2 pd yg seronok ikuti ksh idup mak yg x seberapa nih.

Kepala tgh x betul?? Wah..bahaya nih. Take a gud rest bebeh.

Lagenda said...

@gnesop.com Pandai usop sejukkan ati mak..tau mak gila sopin yek?

Cikgu Aini said...

saba ye mak.. semua tu lumrah alam.. puteri pun pernah kena tagur secara xsopan dlm konteks lain. bukan dalam blog tapi, face to face.. tapi, kite kena sabar n cool jer.. lame2x org tu senyap la.. kalau dia rasa nak tegur cara baik xape kan.. kalau xkena caranya, memang ramai org xberkenan..

Afiq Bukhari said...

eh xdela mak..mane leh merosakkan persahabatan kita.. itu dia punya hal. kite, kite punya hal..mak kan cool, afiq suke je nk bersahabat dengan mak..kirenya ibu gantian dalam dunia maya hehe

Lagenda said...

@cikmin Terbaik?? Ke terbalik...Thanks cikmin!

Lagenda said...

@CiK QiQi Tgh menyabarkan diri la nih. Sbb tu entry tu penuh dgn berhemah..kalo x..Hahaha!

Tu la QIQI..kita ni kena lihat diri kita sblm kita nmpk buruk org. Nampak baju org koyak tp nmpk ke baju sendiri??

Bila x reti nk hormatkan org la akan membuatkan org x akan hormati kita blk..

Lagenda said...

@puteri cahaya. Sebab mak sabar la entry mak tu mak gunakan bahasa yg berhemah! bg skala mak yg x kasar ni lah. Mak rasa mak dah abes sopan dgn sumua org..

Klu kawan2 yg biasa mak kenal tegur mak, kira ok la..mak terima..ini masalahnya, mak x kenal dia!

Lagenda said...

@AfiqThanks afiq sbb suka kwn dgn mak yg ngonng nih..Miahaha!

Sharinginfoz said...

suka ada teman masa senang dan susah kan

Lagenda said...

Alhamdulillah..

cikpia said...

sabor mak, sabor................ me pun tak larat kena tarbiyah suh bertudung, tapi lum ready...... ha, skang dah ready, tak payah sesapa suruh pun me pakai tudung.......

pakai kerana DIA, bukan sebab sesapa nak puji, nak keji...... setuju???

uncle said...

seperti yang dijanjikan mak telah menunaikan janji untuk mengeluarkan entry pedas pada hari ini, hari isnin. tahniah diucapkan, entry terbaik mak setakat ini hihihihi .. kita berdua jadi mangsanya serentak nak diikutkan uncle masih lagi nak menyentuh perkara ini tapi uncle dah cool cuma uncle tengah perhatikan segala tindak tanduk dalam blog hampehnya.

ini lah dikatakan .. tak reti ukur baju badan sendiri, meranduk macam kerbau gila masuk kandang orang, tapi lupa tuan punya kerbau ada senapang hahahahha ..

uncle tahu banyak lagi yang mak nak cakapkan tapi sebab sifat sabar telah membatas kan mak dari manggila takut orang tu 'lari malam' jer hahah.

harap mak bersabar seperti uncle juga bersabar disini. .. jgn risau, ramai sahabat yang menyokong kita berdua.

Anonymous said...

salam mak, orang tu..hurm..ni kan benda personal tapi tegur dgn melibatkan family(anak2 mak) secare terangan..xde adab lgsung..kalau sy pn sentap..hurmm..sabar ye mak..kitorg ade tuk sokong mak! yeah! sy kena gi kelas..ni ngulo jap..hehee

Lagenda said...

@.s.o.f.i.a. Sebab sdg bersabar entry ni dikarang dgn penuh supan santun..kalo x?? Sendrik mau hengat

That y la mak ckp dlm entry tu kan?

Lagenda said...

@uncle Apsal semua org kata ntry terbaik setakat ni hah?? Korang sindir ye yea..Mak pun dah cool sbnrnya. Sj tunggu dah btl2 cool baru publish. Sbb, mak tau kalo mak publish masa tgh hot, mak x akan jd se'cool' ni.

Miahaha..betul la sgt! Kerbau dan menatang2 seangkatan cenggitu tu je x de adap~ Sian plak kat kerbau jd manngsa umpamaan kita.

Yup. Bnyk sebenarnya cili yg mak dah siapkan. Miahaha..tgh tunggu je kalo2 dia dtg menyerang lagi, MINTAK MAHAP AWAL2 la kalo pasni kuar mcm2 word yg sungguh kurang supan dari mak!

MAk cool control hanggun bebeh..mmg ramai kwn2 yg menyayangi kita!

Niway, thanks bro!

Lagenda said...

@misyamissyou Sebab tu mak kata, untuk menjadi org, dia kena R & R. Respond & Respect.

Nak jadik islam yg baik plak kena ada A & A. Adap dan Adat.

Tp kalo semua tu dia x ada, sila la letakkan dia dimana level yg sesuai..

Oppppss..Thanks ye misya.

nuriz said...

nak tegur biarlah berhemah bukan mengaibkan orang. Siapa la dia tu nak nak menunjuk baik, tegur orang sambil menyakitkan hati bukan dakwah namanya tu.

SURIA AMANDA said...

bukan x leh nak tegur..boleh..tapi agak2 la..orang ada hati dan perasaan bukan batu ke dinding ke..cuba kena batang hidung sendiri,melompat ke x kan..dah la mak..orang tu sebenarnya jeles...

Asyraf Hamasaki said...

ENTRYY HANGATT
OHTIDAK . COM
SAYA SUDAH KETINGGALAN TIKET KARPAL SINGH HAHAHAH :-)

ITU ORANG LUTUT JUGAK ADA LULUK
HAK2 DIA BAGI SALAM TAK MASA TEGUR HIK2

BAGI LA LINKKK ILOIKE TO READ DIA PUNYA BLOG

ADA KE NAMA DIA KAT SYURGA WES?
CONFIRM KE MALAIKAT TAK TIBAI DIA BILE DALAM KUBOR

MESTI DIA TAK PENAH BACA KISAH ANBIYA
TETANG SEORANG ALIM ULAMA DAN SEORANG PEMINUM ARAK PEMBUAT MAKSIA TEGAR

DI PENGHUJUNG KEHIDUPAN
MEREKA DAPAT BALASAN YANG BERBEZA
YG JAHAT DI KURNIAKAN SYURGA
YG ALIM DI KURNIAKAN NERAKA
KERANA? KEKHILAFAN DIRI MASING MASING

SETAKAT NAK SALING INGAT MENGINGATKAN TAK SALAH
CUMA JGN LA POYOS SANGAT

:-)

MENANTI DIA DATANG DAN MENYEMBURDI BLOG SAYA PLAK YE MAK
PASTU KITA BUAT ENTRY BERAMAI2 :-)

Lagenda said...

@nuriz Betul tu nuriz!

Mak rasa, dia bukan nak berdakwah tp mmg sengaja cari pasal sbb bukan mak sorang yg dia cari psl.

Slamber badak cipan dia je tiaw org ni org tu. Semua x betul d matanya.

Lagenda said...

@SURIA AMANDA Ye..mak bukannya sombong atau apa..Cuma, siapa dia nk tegur mak?

Cukup baik sgt ke dia nak betulkan mak yg jalil d mata dia tu..

Thanks suria..

ozzy said...

salam..
Banyak sangat jumpa kes mcm ni..x dpt nak hurai panjang2..apapun terpulang pada kita dan tujuan penulis tersebut.. susah nak elak benda mcm ni krn blog kita dan segala isi kandungannya dipublish pada umum.

Lagenda said...

@Asyraf Hamasaki Hahaha..INI 1 LAGI SURAT CHENTA KOT??

Masalahnya syg, x tahu la dia tu mmg org ataupun...Err, wali ALlah kot!

That a gud point for him..

Mgkin dia x sekolah tinggi kot..x baca arr kisah2 mcm tu.

Betul, mak ada ramai kwn2 yg saling mengingatkan mak..but x de arr puyol mcm dia!

Miahaha..Chaiyuk2

Lagenda said...

@ozzyBetul blog ini publish kisah hidup mak, tapi itu x memberi dia hak untuk bersikap KURANG AJAR mcm tu. Dulu, kat sekolah, dia x pernah di ajar ttg adap ke?

Kita, disini, bersahabat dgn tiang saling mghormati..

Lagenda said...

@ozzyDan, tak perlulah bersikap seolah2 dia tu maksum dan org lain semuanya munafik!

Jemanberagas said...

sabar mak...kami kawan sentiasa disisi mu...

Lagenda said...

@gdoupt_monster71 Ye..aku sabar ni man. Kalo x, nak menyumpah dah

Thanks jeman. AKu tau aku ada kwn2 yg sentiasa d sisi aku!

Affan Ruslan said...

Salam. Rasanya niat org tu baik, cuma cara die cakap lebih kepada menyindir, bukan semua org yg blh terima sindiran.
Saya rasa kalau 1st time tegur, tak patut lah guna cara ni, kalau dah 10 kali tegur baru lah boleh guna kot.

Smile

Apih El Nino said...

sabar ye mak. nak tau jugak sape orang tu. semoga mak tabah dengan dugaan ni.

Lagenda said...

@Affan Ruslan Salam
Sindir atau x, mak tak tau..
Tp, dia x layak utk ckp mcm tu dgn mak.
1 @ 10x juga, bkn dia kerana dia mak akan berubah.
Peace

Lagenda said...

apih : Thanks apih. Mak dah cool dah.
CT Nurhalijah pesan kat mak ' BIARLAH RAHSIA" Miahaha..
Insyaallah pih..thanks ya!

Awangku Johan said...

sabar ya mak..
awang yakin mak sntiasa tabah mghadapi smua dugaan yang ada..
buat sj smua itu ibarat mcm x pernah berlaku

Lagenda said...

@Awangku ttq awang..mk dh cool dah. Cuma mak hrp,mak x akan jumpa lg org yg x reti respect org lain mcm dia.

RerameUngu said...

banyakkan bersabar la eh..

Lagenda said...

Insyaallah..thanks rerama.

cik Syafiqah said...

oh... boleh panggil mk ke?? ehhe~
al~ manusia memnag cmtu... kadng2 dia dah perasan die dah alim sangat... tu yg tegur2 org pedas2 tu... walhal... bukan Nabi ajar cakap baik2 ke?

peulikan je... manusia macam ni... selalunya perasan die punya makam sangat tinggi... muhahahaha...

btw... selamat berkenalan... saya budak baru belajar.. ^__^

Lagenda said...

Buleh je..mak adalah kata ganti nama diri 'saya'.
Hurm..betul. Dia rasa dia dah bagus la tu..
Nak biarkan pun x le syafiqah. Kena bg plak sket kat dia, baru dia tau

Selamat Berkenalan Jugak..mak laaagi ler budak baru belajar kat sini.

Si Kawaii said...

tegur mengenai benda yang baik tapi cara teguran tu cam agak kurang sopan.
apa2 pon mak sabar ye.
ambil sbg sesuatu yang positif.

btw, selamt berkenalan mak :)
baru hendak mula follow blog mak.
keep in touch yah :)

Lagenda said...

@PrincessKawaii Mak dah cool dah.

Selamat berkenalan too dear comey
thanks sb follow
yeah..insyaallah

taNiea said...

rilek je mak. bile dah betul terbuka hati tu, boleh la. jangan jadi macam ada yg kejap bukak, kejap pakai.. lagi org pandang lain macam. hiks.

Lagenda said...

TANIEA : Mak dah okes dah
betul tu cuma mak panes sbb tah mana2 punya umat nak sound2 mak gitu.
Kenal dia pun X..

LadyBird said...

Lady br je baca entry ni mak.. kes mak mcm kawan lady.. blogger jugak.. tp die x pernah bw.. jd mak x kenal die.. tp kesnya sama.. cume crnya berbeza.. melalui rantaian yg berlainan.. die selalu cerite kat lady.. lady x tahu nak nasihatkan/ tenangkan mcmn sebab die jenis pendiam.. lady hanya mampu menjadi pendengar setia jerk..

Followers