Thursday, November 11

Home » , , , , , , , » DEMAM BERJEMAAH BERAMAI RAMAI!!

DEMAM BERJEMAAH BERAMAI RAMAI!!

Lama yek mak menghilang..idok lama sangat pung..4 ari je sayang oii. Ada yang rindukan mak tak? Hihihihi *Perahsan jap*. Mak tak kemana manalah sayang oii! Banyak perkara yang memerlukan 2 tangan mak nih mencapai semua benda. So, mana yang harus diselesaikan, kena la selesaikan dulu. Tol tak..ni, mak wat marathon menceritakan 1 persatu kemana mak menghilang..sudi tak baca?

1st, dek kerana musim hujan dan panas yang tak menentu nih,mak dan anak anak tak dapat nak melawan ketentutanNYA. Mulanya, mak yang sakit tekak + selsema + migrain = demam. But, mak still steady lagik.  Assigment harus dihadapkan dulu walaupun tak gak settle settle. Kemudian, turn along plak apply demam berjemaah dengan mak nih. Cuti 2 ari ngadap anak sulong tu  demam. Kendian...

Angah plak. Dah seminggu demam tak baik baik. Tak leh tunggu dah ni.  Stok ubat yang ada kat umah pun dah pocik boliau, so  misi menyelamat nyawa pun bermula. Mari kita semua jumpa encik doktor beramai ramai ye anak anak!!

Tah hapa yang dipicit, diraba dek doktor ni.

Nak amik darah untuk wat test, tak digalakkan sebab cuti wiken tak de lab yang bukak. So, angah bobok diperintah encik doktor botak tu makan ubat yang banyak dosenya berbanding selalu. Ai ai sir!! Hantammmm ajelah doktor..janji anak anak mak bahik dari demam berjemaah nih!

Muka orang demam yang dah dapat ubat. Muka tak berapa nak redha je pegang sebeban ubat ubat dia..hihihi

Baru je demam si angah nak menghilang, adik plakkkkkk! Sabau ajelah den..

Dalam keluarga mak ni, dimulakan dengan mak, kendian along, angah then lastly adik. Bukankah demam berjemaah beramai ramai tu? Taaaaapi si adik dan angah la orang yang paaaaaling lama demam!! satu lagik yang membuatkan mak lama menyepi nih, sebab si angah manja bobok tu, time demam tu bukan main le menepek memanjang kat mak nih hah! Ater...camno den nak ngadap lappy nih?? 

Yang bestnya, meisya ler orang yang paling bahik sekali kalo demam. Diaaaaaam je..merengeek tak, menangis pun tak. Time makan ubat pun bagooos. Ngaga je mulut time makan ubat tu. Terkebil kebil je mata dia tengok ubat. Hihihi..

Tapi mak okey je sebab, sebenarnya, anak anak mak nih semuanya jarang sakit dan demam. Kirak kiraknya cam antibodi depa ni kuat la waaaalaupun depa ni tak minum susu ibu lelama. Memang jarang jarang bonarlah anak anak mak nih jatuh sakit.

Kalau diaorang ni demam sikit sikit pun, mak jarang nak bagi anak anak mak makan ubat sebab, setahu mak*kalo tak salah ler* Jangan selalu sangat kita bagi anak anak kita makan ubat.  Biar badan kita melawan sendirik virus virus tu untuk menguatkan antibodi dengan semua virus dan bakteria dengan sendirinya. Kalo asyik asyik demam sket kita bagi mam ubat, lama lama nanti, badan kita tak reti nak lawan virus yang slow slow nih..

Amacam?? Ramai tak ubat ubat yang depa dapat? Hihihi...ni le hasil usaha misi menyelamat nyawa kat klinik malam tu, dapat la anak anak mak cenderahati pengubat segala mak nenek sakit diorang. So, dek kerana itulah, mak tak dapat memunculkan diri 2-3 menjak ni. Harap segala kemusykilan korang terjawap la yek. Jangan risau risau neng, mas..enggak bisa ribut ribut deh..

Eh! tapi kan korang... korang pun kena jaga kesihatan diri sendiri dan kaum keluarga korang gak. Tak kan la korang pun nak join demam berjemaah beramai ramai dengan anak anak mak kan? Tak pasal pasal plak pasni korang yang wat misi penyelamat beramai ramai ke klinik yang berdekatan!! 


Selamat 1 kesah kehilangan mak. Nak tau lagik kesinambungan citer nih? Kalo nak tau, drop ur comment, kalo tak hinggin, mak lupakan ajelah marathon kesah kehilangan mak..lagipun, mak sedor diri nok! Sape ler yang kesahkan mak ni wujud ke idak kat sini kan..

26 Nak Cakap Jugak??:

azzey said...

Lagenda: Mmg ramai yg demam skrg ni. saya & hubby pun sama. demam xmenentu. on & off.....:(

LyNn HaMzAh said...

semoga anak-anak mak cepat sembuh yer...

Lagenda said...

AZZEY : Yup..kena jaga kesihatan baik2

Ellen said...

betul mak..Nemo ngan daddy pun dah marathon demam...Ellen jak nda..huhu..perasan ni!!!

Take Care ya Mak..mamam ubat 5 waktu..ahaks!!gurau mak...

Melati Qistyna's Mummy said...

owhh, demam berjemaah ker? ingt kan mak demam peksa anak2 :)

assoy pown ade tanye ngan kite smlm, mana mak poie.. mmg lama la mak ilang, walau 4hari jer.... indu omakkkkk :)

Lagenda said...

@LyNn HaMzAh
Dah sihat dah semuanya..tu yg mak leh come back nih! Yeeehaaa!

Thanks ye lyn

Lagenda said...

@Ellen
So, ellen kena jaga kesihatan ellen baik2!

Mak dah sihat daaaaaaaaa...! * Mak takoot makan ubat!! * Rahsia tau..jgn bgtau org lain

Lagenda said...

@Melati Qistyna's Mummy
Miahahaha..

Owh..lalinkku miss sama mak yek? Ngee...terharu la plak. Thanks kwn2 kerana still ingatkan mak!

AngahSayang2314 said...

mak sama jer macam keluarga angah kalau dah sorang yg kena semua merebak kena tue org kata darah sama kan???...

Lagenda said...

ANGAH : Kali ni je masing2 berlumba2 nak amik batton demam berganti2 tu.

Biasanya anak2 mak haibat je tak sakit..hihihi.

tiefazatie said...

take care mak!alhamdullilah ifa n family sihat2 ja nie..kucing kami lak yg demam nie..hihi..papepun moga sudah sihat la sume anak2 mak ye..

Nazifa M.Zali said...

alahai..cian nye si adik tue..
comel lak tue tido..ehee
bulan tiap2 bulan akn demam.
bile ehem2 dtg..msti demam.
huhuhu

Mun said...

alahaiii..siannyer anak2 mak..

Lagenda said...

@tiefazatie
yes madam!
Alhamdulillah semua dah sihat dah.

Lagenda said...

@Bulan
Ngeee..cumel mcm teddy bear je bila dia tido cenggitu kan?
ERk?? Ni lagik parah..tiap2 bulan demam?? Wahhhh..susah gak cenggitu yek?

Lagenda said...

@Cik Moon
HUaaaaaa....Kesianlah mak gak sbb, walaupun mak x sihat, tapi kena 'sihatkan' diri demi anak2...

Hihihi..everthing dah come back to da normal life dah moon.

suffer8zine said...

alahaiiii mak

Terkini : Kura-kura comel

Lagenda said...

suffer8zine : Huhuhu...sian x kat mak?

HaN WarreN said...

huhuhu kesiannya...moga mak sekeluarga cepat2 sembuh...memang musim orang sakit skrg ni...

Gayahspears said...

la mak demam ka??? patot la x nampak..
mkn ubat ya mak.. jg kesihatan jugak ya...

RerameUngu said...

hoho...smmoga anak2 sembuh seperti sediakala la eh mak..:)

Sumandak Kinabalu said...

Demam berjangkit lah tu Mak...
Syukur lah semua dah OK...
Part ubat tu memang betul, jangan terlalu berharap pada ubat-ubatan. One more thing, kalau dah terpaksa makan ubat mesti habiskan...untuk memastikan segala keluarga kuman/virus dalam badan tu mati...

Lagenda said...

@HaNTwOHuhuhu..
Alhamdulillah semuanya dah kembali sihat! Thanks atas doa korang semua yek..

Lagenda said...

@Gayahspears
A'a le gayah.
Insyaallah gayah..Gayah pun kena jaga kesihatan gayah gak!

Lagenda said...

@Rama2Ungu
Amin...thanks atas doa rama2unggu tu!
Anak2 mak semuanya dah sihat

Lagenda said...

@Sumandak Kinabalu
Yup..Syukur alhamdulillah!
Part mam ubat tu, yg kena makan bagi habis adalah antibiotik su..ubat tak abis pun x per..leh makan lain kali.

Followers