Tuesday, June 8

Home » » Hati

Hati


Hati...kenapa engkau menangis?
Aku bukan batu, aku juga mempunyai perasaan

Hati..kenapa engkau terluka?
Aku terluka kerana aku yang mahukan ia jadi begitu



Hati..Cukuplah..janganlah kau menangis lagi..
Biarkanlah aku menangis untuk hari ni kerana, aku perlu tersenyum esok hari

Kenapa?
Kerana, senyuman boleh ditaburkan kepada semua orang namun air mata ini hanya untuk insan yang dicintai.

Cukuplah...sudahla hati..

Kau telah banyak terluka dan menangis! 

Beban dunia masih dibahumu...

Kau perlu tabah dan kuat untuk manusia lain menumpang kekuatanmu

Kau perlu menjadi hipokrit untuk membuatkan dunia dan orang lain bahagia
Benar, aku tak perlu menangis lagi..

Aku perlu tersenyum manis walaupun hatiku disaluti pahitnya hempedu

Aku harus menjadi cekal begini demi dengus resah yang ada.. 

Aku harus ketawa gembira walaupun hatiku merintih menangis..

Beban dunia perlu kuseret selagi aku masih bernafas.

Apa yang terselindung dihatiku, biarkanlah ia semadi disitu!

Dunia x perlu tahu apa yang kau simpan dan bawa

Cintailah..menyintailah...selagi termampu

Kau harus cekal hati...kau harus lakukannya!

Tabahlah hati...tabahlah!

Pejamkan mata seamannya, esok, 1 hari baru bakal kau lalui lagi.

Semoga kau x perlu lagi jadi begini...


-eNd-

0 Nak Cakap Jugak??:

Followers